Search This Blog

Friday, 4 September 2015

Netizen lahir simpati kematian Aylan Kurdi


PILU, itu yang dapat digambarkan apabila melihat mayat Aylan Kurdi, 3 tahun yang ditemui terdampar di pesisir pantai Turki.

Foto Aylan salah seorang daripada 12 pelarian Syria yang maut selepas bot yang dinaiki mereka karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Kos di Greece mendapat perhatian dunia dan memenuhi laman sosial Facebook dan Twitter.

Tinjauan mendapati, beberapa karikatur kanak-kanak itu dihasilkan bagi menzahirkan simpati dan kemarahan dunia terhadap 'kekejaman' yang terpaksa dihadapinya.

Antaranya ialah lukisan karikatur Aylan sedang tidur meniarap di atas sebuah katil.

"Apa yang sepatutnya berlaku dan apa yang sebenarnya berlaku," tulis Shunja Rabbani di laman Twitter.

Sementara itu, tinjauan di Facebook, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan mendoakan kanak-kanak itu.

Adriana Rayyan menulis, mungkin ketika ini anak ini sedang bermain-main di taman syurga ALLAH

Shahrul Shahna pula menulis, Ya ALLAH...sedihnya ...Al-Fatihah...semoga adik ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan rohnya dicucuri rahmat...amiin...

Kenapa sayu tengok gambar ni, Kau da tenang di syurga wahai sayang, Al fatihah," tulis Ashrin Ashrin.

No comments:

Post a Comment

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...