Search This Blog

Monday, 7 September 2015

Tukar parti tidak gugur kedudukan ahli Parlimen, kata speaker Dewan Rakyat



Menukar parti tidak akan menyebabkan kedudukan seseorang ahli Parlimen digugurkan, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, hanya yang gila, bankrap, didakwa dan dipenjarakan akan digugurkan kedudukan sebagai ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status ahli Parlimen PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Orang disqualified jadi ahli Parlimen kalau dia jadi gila, bankrap, dia sudah kena dakwa, dijel, dan sedemikiannya.

"Jadi kalau yang bertukar parti itu kan demokrasi. Janganlah tanya soalan yang anda sendiri pun tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, keahlian 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) - kini Parti Amanah Negara selepas diambil alih Gerakan Harapan Baharu (GHB) - gugur secara automatik.

Katanya, perkara itu jelas dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) di bawah Fasal 15(1)(c) berhubung keberhentian ahli.

"Sehubungan itu, PAS tidak perlu mengambil sebarang tindakan disiplin, cuma kita hanya perlu hantar surat kepada mereka untuk urusan pentadbiran.

"Mereka boleh memohon untuk kembali menjadi ahli PAS namun ia bergantung kepada parti untuk menerima atau menolak permohonan mereka," katanya. – 7 September, 2015.

No comments:

Post a Comment

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...