Search This Blog

Saturday 5 September 2015

Alhamdulillah, Lebih 100 ahli Pas Kulai dan Tenggara sertai Amanah

Aminolhuda Hassan (Tengah) bersama bekas ahli PAS dari Bahagian Kulai dan Tenggara yang menyertai Amanah di Hotel Creator di Kulai hari ini
KULAI, 5 September:
Lebih 100 ahli Pas dari Bahagian Kulai dan Tenggara di Johor mengumumkan perletakan jawatan bagi menyertai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Amanah), hari ini.


Kumpulan ahli yang diketuai wakil pemimpin 27 bahagian dan ahli jawatankuasa, menyerahkan borang permohonan keahlian baru kepada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan di Hotel Creator, hari ini.

Difahamkan, Pas Bahagian Tenggara terjejas berikutan kebanyakan ahlinya meninggalkan parti itu bagi menyertai Amanah, yang diketuai bekas pemimpin Pas Progresif.

Aminolhuda, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas negeri, berkata kebanyakan bekas ahli Pas berasa lebih yakin dengan parti baru itu dan dia menjangka lebih banyak ahli di negeri berkenaan akan menyertai mereka.



“Pada masa sama, Amanah peringkat negeri juga menjangka dapat menyaksikan kira-kira 150 ahli Cina bukan Islam dari Segamat dan Labis menyertai parti ini hari ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Aminolhuda berkata, ahli bukan Islam menyertai Amanah pada peringkat awal seperti ini sudah pasti menjadi peransang kepada pemimpin kerana ia menunjukkan hala tuju parti baru.
“Ia turut menunjukkan Amanah adalah inklusif keseluruhan untuk bangsa dan agama lain dalam memenangi rakyat.



Aminolhuda, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Parit Yaani, meluahkan harapan supaya Johor akan dapat mendaftarkan kira-kira 5,000 ahli Amanah pada pelancaran peringkat negeri yang dijadual pada 11 September ini di Tebrau berhampiran Johor Baru.

Ditanya mengenai keadaan bahagian Pas Tenggara, beliau mengesahkan bahagian itu akan terjejas apabila majoriti ahlinya menyertai Amanah hari ini.


No comments:

Post a Comment

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...