Search This Blog

Saturday 21 November 2015

AMK PP gesa CM tarik tuduhan 'memihak kepada Umno'



Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menarik balik tuduhan bahawa lima ADUN PKR di negeri itu "memihak kepada Umno".

Ia ekoran sikap berkecuali wakil rakyat PKR itu berhubung isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar di muara Sungai Pinang.

Dalam satu kenyataan, sayap PKR itu turut mendesak Lim yang juga setiausaha agung DAP supaya memohon maaf kepada lima wakil PKR itu di atas ketelanjuran membuat tuduhan terbabit.

Mereka juga menyuarakan kecewa dengan tuduhan yang "tidak wajar dan tidak berasas" yang dikeluarkan oleh ketua kerajaan kepada ADUN yang menyokong kepimpinan beliau sejak 2008.

"Keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk sewenang- wenangnya menuduh ADUN PKR memihak kepada Umno.

"Lima ADUN PKR yang mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan pendirian untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan perlu dihormati.

"Mereka juga bukan semata-mata perlu menjadi boneka DAP walaupun ADUN PKR adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang," kata AMK Pulau Pinang.

Semalam dilaporkan Lim berkata PKR mesti "menilai dengan teliti" keputusan lima ADUN parti itu yang berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN kelmarin.

Sidang DUN Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi yang dikemukakan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah itu berhampiran muara Sungai Pinang yang akan menyebabkan hidupan laut terancam dan menjejaskan kehidupan nelayan.

Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak. Lima Adun PKR pula bersikap berkecuali.

Lim anggap 5 Adun PKR memihak Umno



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata PKR mesti "menilai dengan teliti" keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN malam semalam.

Berdasarkan pendirian itu, kata Lim, persepsi kini ialah wakil rakyat PKR itu "bersama Umno".

Bagaimanapun, kata Lim, pihaknya akan membiarkan PKR sendiri menguruskan isu berkenaan.

Ditanya sama ada beliau akan bercakap dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai perkara itu, Lim menjelaskan: "Saya akan jelaskan kepada beliau (Dr Wan Azizah)".

Lim bercakap kepada media dalam sidang akhbarnya di George Town hari ini.

Semalam DUN Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak.

Lima Adun PKR pula bersikap berkecuali.

Pengundian juga menjadi perhatian apabila salah seorang Adun DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan.

Dua lagi Adun PKR, Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana masing-masing menjadi speaker dan timbalan speaker.

Wednesday 18 November 2015

MP Kepong leka tonton TV, terlepas undi

MP Kepong leka tonton TV, terlepas undi

Wakil tunggal DAP yang gagal hadir di parlimen ketika undian Bajet 2016 dibuat pada Isnin lalu, Tan Seng Giaw (Kepong) memberitahu dia terlepas sesi itu kerana terleka menonton televisyen yang menyiarkan laporan lintas langsung mengenai serangan pengganas di Paris.

Kata ahli parlimen veteran itu, akibat laporan lintas langsung itu dia tersilap membuat perkiraan mengenai masa undian.

"Saya terlambat. Saya pergi selepas menerima satu panggilan telefon," katanya.

Apabila tiba di parlimen, Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat (PAS) memberitahu proses undian sudah berlangsung.

Kata Tan, dia tidak berniat untuk melepaskan proses undian itu dan mengakui ia sangat penting kepadanya.

Walaupun begitu Tan yang mewakili Kepong sejak 1982 itu berkata, laporan insiden serangan pengganas di Paris itu "lebih penting" kerana ia membabitkan hubungan antara AS dan Russia dalam usaha mereka memerangi militan Negara Islam (IS).

"Saya di luar. Saya menonton televisyen. Saya melihat (Presiden AS) Barack Obama bercakap mengenai serangan Paris di Antalya, Turki. Ada pengumuman penting di situ.

"Ia penting kerana memberi kesan kepada kita, (dan) melihat kaedah yang akan digunakan.

"Itu lebih penting daripada ini (mengundi bajet) kerana kita akan mengadakan Sidang Kemuncak Asean," katanya

Monday 16 November 2015

Pertikai Pas lantik Penyelaras Parlimen Tumpat

Pertikai Pas lantik Penyelaras Parlimen Tumpat

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) Tumpat kesal tindakan Pas Kelantan melantik Penyelaras Parlimen Tumpat bagi menggantikan tugas Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

Ketua Penaja Amanah Tumpat, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata, pelantikan itu nyata bertentangan dengan semangat kerjasama Pas dan PKR seperti yang digembar-gemburkan parti itu selama ini.

Katanya, tindakan Pas itu jelas tidak tidak menghormati PKR sebagai rakan sekutu tunggalnya buat masa sekarang.            

“Seperti yang kita sedia maklum, Pas menegaskan mereka masih bersama Pakatan Rakyat dan bekerjasama (bertahaluf) dengan PKR.

“Ini dibuktikan dengan beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas sejak dari krisis sehingga meruntuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri telah dilantik Pas Kelantan sebagai Penyelaras Parlimen Tumpat.

Wan Johari berkata, selain Penyelaras Parlimen Tumpat, Pas Kelantan juga telah melantik Naib Yang DiPertua Pas Kawasan Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan (JHET) bagi mewakili Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau mendakwa, pelantik Wan Roslan yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar telah dibuat tanpa berunding dengan PKR.

Wan Mohd Johari memaklumkan pengumuman lantikan itu dilakukan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merangkap  YDP Pas Tumpat pada 7 November lalu di Dewan Wisma I’badurrahman, Pejabat Pas Dun Pasir Pekan.

Amanah Selangor tuntut kerusi ahli PBT

Amanah Selangor tuntut kerusi ahli PBT

SHAH ALAM – Pemuda Amanah Selangor tampil menuntut tempat dalam pembahagian kerusi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah membarisi komponen dalam Pakatan Harapan tiba masanya parti baharu ini menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT.

"Kebanyakan ahli majlis bakal tamat tempoh perkhidmatan Disember ini jadi tiba masanya Amanah turut diberi ruang untuk berbakti kepada masyarakat.

"Kini Amanah ialah sebahagian daripada pentadbiran di Selangor, kita wajar diberi ruang dan peluang dalam PBT. Amanah mahu gerak kerja negeri lebih adil," katanya ketika sidang media, hari ini.

Abbas berkata, Amanah Selangor hanya diwakili tiga ahli Parlimen dan dua Adun maka tidak salah sekiranya parti itu ditempatkan dalam pentadbiran PBT.

Sementara itu, beliau menangkis dakwaan bahawa Amanah bertindak 'mencuri' ahli Pas.

"Kita menghidupkan demokrasi tidak timbul Amanah curi ahli Pas. Bagaimana dengan ahli Umno yang sertai Amanah? Begitu juga dengan individu tidak berparti yang masuk Amanah.

"Perkara ini terpulang kepada indvidu untuk memilih parti yang sesuai dengan ideologi, fikrah dan cara hidup mereka," katanya.

Beliau yakin dengan pendekatan inklusif dan progresif yang dibawa Amanah akan menyuntik perkembangan positif.

Katanya, buat masa ini keahlian Amanah Selangor telah mencatatkan 10,000 ahli dan dalam tempoh dua minggu bakal menginjak ke angka sasaran iaitu 20,000.

DAP sokong mufti, gesa Umno-PAS 'nikah


DAP sokong mufti, gesa Umno-PAS 'nikah'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan.

Lim berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dibuat Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) supaya PAS lebih serius untuk bergabung dengan Umno

"Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun (mufti) tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

"Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan undi BN," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat khidmat DAP DUN Taman Templer di Selayang.

Siapa keluar lesen judi, soal Lim

Sementara itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan presiden PAS yang menentang usaha DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

PAS memberikan alasan tidak mahu kaum Cina menguasai kawasan bandar dan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.

Katanya, PAS kini dilihat seperti Umno dan BN kerana sering menyalahkan DAP walaupun kebanyakan lesen judi diluluskan oleh kerajaan persekutuan.

"Kenapa serang kami tapi tak serang BN? Umno-BN yang keluarkan lesen judi. Apa beza (PAS) dengan Umno? Umno selalu salahkan kita sebab judi.

"Judi siapa yang keluarkan lesen? Lesen judi dikeluarkan BN. Jadi apa kaitan dengan DAP?

"Dia (PAS) macam Umno sekarang. Umno selalu salahkan DAP walaupun mereka yang keluarkan lesen.

“Sebab itu apa yang disebutkan mufti memang betul. Lebih baik mereka terus bersama," katanya lagi

Sunday 15 November 2015

DAP perlu ada di S'gor halang PAS 'buat jahat'



DAP perlu ada di S'gor halang PAS 'buat jahat'

DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.

"Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

"Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

"Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 hari ini.

Beliau mengulas pandangan seorang perwakilan Selangor yang mahu DAP meninggalkan kerajaan negeri jika Menteri Besar Azmin Ali enggan memecat PAS.

Undi PAS, undi Umno

Dalam ucapannya itu, Lim juga mendakwa PAS kini telah berpihak kepada Umno dan menganggap undi kepada pati Islam itu sama seperti mengundi Umno.

Beliau turut berkata, PAS sekarang sudah berubah daripada dahulunya menolak parti rasis seperti NGO PERKASA kepada sekarang yang bekerjasama dengan pengerusinya Datuk Ibrahim Ali.

"PAS sekarang sudah memihak kepada Umno, kita lihat kenyataan daripada pemimpin PAS, macam undi PAS serupa undi Umno.

"Satu undi PAS sama dengan satu undi Umno, tak ada beza langsung.

"(Mereka) sokong sama (Perdana Menteri) Najib dalam skandal 1MDB ataupun dalam skandal derma," kata Lim
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...