Search This Blog

Saturday 5 September 2015

Direktori Pendaftaran Ahli Baru Negeri Kedah DarulAman.




BismillahirRahmanirRahim

PENGUMUMAN

Kepada sesiapa rakyat Kedah yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.

1. Alor Setar +6018-474 3797

2. Baling +601110873430

3. Jerai +60125404050

4. Kubang Pasu +6014717 3726

5. Kulim/Bandar Baharu +60194356930

6. Sungai Petani +60134270759

7. Kuala Kedah +60194511132

8. Merbok +60195788722

9. Padang Serai +60105418659

10. Padang Terap +60195758895

11. Pendang +60133946097

12. Pokok Sena +60162275256

13. Sik +60135817123

14. Jerlun +60124741417

15. Langkawi +60194171001

16. Angkatan Muda +60194055194

17. Angkatan Wanita +60135817123

18. Amanah Kedah +060195405826 atau +60135021005 atau +60123300727 atau +0194511132 atau +60125886786 atau +60175982211

HARAPAN BARU
AMANAH - PROGRESIF - PEDULI

Aris Awang
Setiausaha
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
(Parti Amanah Negara)
Peringkat Negeri Kedah
http://parti-amanah-rakyat.blogspot.my/

Direktori Pendaftaran Ahli Baru Negeri Johor


Assalamualaikum

Pengumuman Kepada Seluruh Bangsa Johor Yang Berhasrat Untuk Menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Bolehlah Menghubungi Talian Di Bawah Mengikut Kawasan Parlimen Yang Di Senaraikan.

1) P.GUDANG – 0137511818

2) TEBRAU – 0137480222

3) KULAI – 0197551465

4) JOHOR BAHRU – 0197545075

5) PULAI – 0197285174

6) GELANG PATAH – 0192786323

7) PONTIAN – 0137745473

8) TANJONG PIAI – 0124697886

9) SPG RENGGAM – 0127112207

10) TENGGARA – 0197175455

11) KOTA TINGGI – 0197324724

12) PENGERANG – 0137020681

13) SEMBRONG – 0137782030

14) MERSING – 01596468632

15) KLUANG – 0192638263

16) AIR HITAM – 0167718050

17) SRI GADING – 0197818697

18) BATU PAHAT – 0197232810

19) PARIT SULONG – 0177760476

20) MUAR – 0105045976

21) LABIS – 0126186107

22) SEGAMAT – 0197734984

23) SEKIJANG – 0137725351

24) PAGOH – 0123812917

25) LEDANG – 0133619662

26) BAKRI – 0136906759

☆ Sila SMS/Whatsapp “Nama/Asal /Saya Ingin Jadi Ahli AMANAH” Ke mana-mana nombor diatas atau boleh terus hubungi mereka untuk tujuan pendaftaran keahlian dan sebarang pertanyaan.

Ikhlas,

Tn Hj Ir. Khairuddin A. Rahim
Setiausaha
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara)
Negeri Johor
http://parti-amanah-rakyat.blogspot.my/

Terima Kasih dan Sebarkan

Ucapan ‘kuasa rakyat’ Najib berunsur kepura-puraan, kata bekas MB Perak

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengenai ‘kuasa rakyat’ memilih kerajaan dan tentang ia hanya boleh digunakan semasa pilihan raya, penuh dengan kepura-puraan. 


Bekas pemimpin PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti bercakap mengenai kuasa rakyat apabila beliau sendiri terlibat dalam "mendalangi" kematian kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang pada 2009.

Bekas menteri besar Perak yang digulingkan pada 2009 itu berkata, ucapan Najib malam tadi mengenai "kuasa rakyat" memilih kerajaan dan tentang ia hanya boleh digunakan semasa pilihan raya, penuh dengan kepura-puraan.

Jika benar seperti yang dikatakan beliau, Nizar bertanya Najib mengapa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi digulingkan melalui "pintu belakang" tanpa undi tidak percaya diusulkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, tidak syak lagi, Najib kini bercakap dengan lidah bercabang kerana tindakannya tidak sepadan dengan kata-katanya.
"Ucapan Najib jelas merupakan satu kepura-puraan. Beliau meminta rakyat atau ahli Parlimen untuk tidak melakukan apa yang dia lakukan di Perak pada 2009," Nizar memberitahu The Malaysian Insider.

Anggota DUN Changkat Jering itu berkata demikian mengulas ucapan Najib di Pasir Salak, Perak malam tadi di mana perdana menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk menghukum atau mendakwa siapa yang mereka suka atau benci semasa pilihan raya yang diadakan sekali dalam setiap lima tahun.

"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumlah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," katanya semalam.

Nizar mendakwa, pada 2009, Najib dan timbalannya sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berusaha di belakang tabir untuk menghasilkan pembelotan yang akhirnya mengakibatkan kerajaan negeri Perak ketika itu jatuh. 

Pada masa itu, Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 31 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) 28, tetapi 3 wakil rakyat tiba-tiba menjadi mesra BN.

Najib yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu juga memegang jawatan Ketua Umno Perak dengan Zahid sebagai timbalannya.

"Najib dan Zahid pergi ke istana untuk berunding dengan Almarhum Sultan Azlan Shah," kata Nizar.

Pada pertemuan itu, katanya, Najib menyampaikan surat sokongan dari 28 Adun BN dan tiga wakil rakyat mesra BN itu.

Menurut surat itu, mereka akan menyokong sesiapa saja dinamakan Najib sebagai menteri besar.

Sultan kemudian melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru pada hari berikutnya selepas baginda yakin Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Nizar, yang gagal meyakinkan Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kemudian memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan itu.

Peguam perlembagaan berkata, Mahkamah Persekutuan pada 2010 menyebut, perlembagaan membenarkan ketua eksekutif negeri disingkirkan tanpa perlu mengadakan undi tidak percaya dalam DUN.

Sebaliknya, mereka berkata, akuan bersumpah (SD) daripada majoriti wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dibenarkan dalam perlembagaan.

Peguam Edmund Bon berkata, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria meluluskan prosedur tersebut dalam kes Nizar lawan Zambry di Perak itu.

Bon, yang terlibat dalam kumpulan peguam yang mewakili Nizar bagaimanapun berkata, kebanyakan peguam dan ahli akademik masih berpendapat pilihan yang lebih baik ialah dengan mengadakan undi tidak percaya di dewan perundangan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu menetapkan dasar yang pihak berkuasa pelantik (Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan gabenor) boleh mengkaji faktor luaran dalam menentukan sama ada seorang penyandang ketua kerajaan hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat.

Apabila ini sudah ditetapkan, ketua kerajaan mesti meletakkan jawatan bersama dengan kabinet atau ahli exconya.

Keputusan itu juga membawa maksud, ketua kerajaan dianggap dipecat daripada jawatan jika dia enggan meletak jawatan selepas hilang undi keyakinan.

Ini membuka jalan bagi pelantikan seorang ketua kerajaan baru atau pembubaran Dewan.

BN mempunyai 134 kerusi di Dewan Rakyat, pembangkang (DAP, PKR dan PAS) 87 dan seorang bebas (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Bandar Tun Razak).

Sebarang pertukaran perdana menteri hanya boleh dilakukan jika lebih daripada 112 ahli Parlimen menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap Najib. – 6 September, 2015.

Dengan tertubuhnya Amanah, parti pembangkang mula bincang gabungan baru

Pengerusi GHB Mohamad Sabu (kanan) berkata perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September


Parti pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu berikutan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September, kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.

"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.

"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini. 

Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP. 

"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih Amanah," kata bekas timbalan presiden PAS itu.

Amanah ditubuhkan sebuah kumpulan serpihan PAS, terdiri daripada golongan progresif dalam parti Islam itu.

Sambil DAP jelas menolak PAS, yang memutuskan hubungan dengannya ketika di bawah gabungan Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi, PKR tidak menyatakan sebarang pendirian.

DAP yang sekular dan PAS yang memperjuangkan Islam, berselisih faham atas pelbagai isu, terutamanya berhubung undang-undang hudud yang menjadi agenda parti Islam itu, serta tiadanya kerjasama daripada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan progresif daripada PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai pelopor kepada sebuah parti politik baharu.

Pada Isnin, GHB mengumumkan ia dalam proses mengambil alih Parti Pekerja yang tidak aktif dan menjenamakannya semula sebagai Amanah.

Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata parti baharu itu akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.
Salah seorang pemimpin Amanah, Mohamed Hanipa Maidin, bagaimanapun berkata, 4 parti itu (termasuk Amanah) tidak akan boleh bekerjasama sekiranya PAS dimasukkan kerana parti itu membawa terlalu banyak masalah.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga berkata hari ini, parti-parti itu sudah memulakan perbincangan untuk menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, timbul juga keperluan menyertai pasukan yang mempunyai parti yang "ikhlas" dalam menentang skandal yang wujud di negara ini.

"Kami akan bekerjasama dan bergabung tenaga dengan sesiapa sahaja yang menentang 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.

"Kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas. Tetapi mana-mana pihak yang tidak ikhlas dan sanggup menyokong (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak, kita tinggalkan mereka dengannya," kata Lim.

Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir berkata, sambil rundingan tidak rasmi dengan parti pembangkang sudah bermula, mereka akan mengalu-alukan mana-mana ahli Parlimen lain yang mahu "menyelamatkan Malaysia".

"Memandangkan apa yang sedang dialami negara dan ke mana hala tujunya, ia sangat melemahkan semangat. Pada masa ini, kita perlukan seramai mungkin untuk bersama bagi mengadakan undi tidak percaya (terhadap Najib)."

Katanya, cubaan untuk mengemukakan usul tidak percaya tidak pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia sambil menambah, ia merupakan satu usaha yang sukar untuk menjatuhkan Najib.

"Di bawah Perlembagaan kita, Raja bertindak atas nasihat perdana menteri.

"Oleh itu, pada masa ini, ia boleh dikatakan satu keadaan yang sukar. Malah bekas perdana menteri juga menghadapi kesukaran, apatah lagi kita," kata Dr Wan Azizah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menggesa Najib meletak jawatan.

Senarai Nama ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis Yang Meletak Jawatan.




PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PAS KAWASAN AJK DEWAN-DEWAN PAS KAWASAN SEGAMAT, SEKIJANG DAN LABIS

Kenyataan Media
5 September 2015

Penyerahan borang ahli
Peletakan Jawatan & Kemasukan Ke Parti Amanah Negara (AMANAH)


Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak kerja di masa hadapan, kami seperti penama di bawah bersetuju untuk meletakkan jawatan daripada saf kepimpinan PAS kawasan Segamat Sekijang Labis dan memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara - AMANAH):
  1. Shazni Munir Bin Mohd Ithnin, (Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang)
  2. Tuan Haji Md. Zin Bin Johar, (Timbalan YDP PAS Kawasan Labis)
  3. Hj Sairi Bin Saleh (Naib YDP PAS Kawasan Labis)
  4. Mohd Hasbi Bin Nordin, (Naib YDP PAS Kawasan Segamat)
  5. Abd Hanis Bin Abd Hamid , (Ketua Pemuda PAS Kawasan Segamat)
  6. Mohd Hanaszreen Bin Jali, (Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang)
  7. Fahmi Bin Ahmad (Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis)
  8. Norhafezah Binti Arif. (Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Segamat)
  9. Hj Adam Bin Mohamad, (Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat)
  10. Haji Firdaus Bin Masod, (Timbalan Pengerusi Tetap Pas Kawasan Segamat)
* Nama nama AJK kawasan dan cawangan lain di sertakan bersama lampiran ini.

Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada dalam PAS memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin PAS kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan Presiden PAS.

Kami benar-benar berharap agar ukhuwah kami dengan sahabat-sahabat dalam PAS akan berkekalan sampai bila-bila dan sesekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara kami.

Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam PAS hanyalah platform perjuangan. Lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif dan akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Sekian.


Hj.Md Zin Bin Johar
5 September 2015



Lampiran:

Senarai nama AJK yang melepaskan jawatan yang disandang dalam PAS bagi Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis

1. PAS Kawasan Segamat

AJK Kawasan: 11 orang
AJK Cawangan: 11 orang

AJK PAS Kawasan Segamat:

Saudara Hasbi Nordin - NYDP
Saudara Wahab Hasan- AJK
Tn. Hj. Firdaus Masod- Timb Pengerusi Tetap
Abd Hanis Bin Abd Hamid , Ketua Dewan Pemuda PAS Segamat
Puan Norafizah binti Mohamed Ariff - Ketua DMPK / AJK PAS Kawasan
Puan Azizah binti A.Bakar – AJK PAS Kawasan / AJK DMPK
Puan Ruhana binti Abu Bakar – AJK DMPK
Tn. Haji Adam Mohamad Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh
Saudara Raub bin Kamin - SU Caw Gemereh & AJK Kawasan
Saudara Zahari Kadir- AJK
Saudara Mohd Afif Abd Hamid - Komander Amal Kawasan / KP cawangan Gemereh.
AJK Dewan Pemuda PAS Segamat

Abd Hanis Bin Abd Hamid
Mohd Afif Bin Abd hamid
Muhd Zulfadhli Bin Rahim
Mohd Shahir Bin Mohamad
Zulkifli Bin Ab Razak

1.1 Cawangan: Jementah

Senarai Ajk Cawangan Jementah yg keluar PAS
Rozaidi bin Mohd Sohot
Mohd Rizal bin Mohd Sohot.
Hj Khairudin bin Sagap
Lokman bin Sembol
Ismail bin Sembol
Zulkifli bin Sana
Noorhayati binti Sulaiman

Senarai Ahli
Abu Bakar bin Ibrahim
Zahari bin Osman
Mohammed bin Ahmad
Zainudin bin Paiman
Ahmad Rasib bin Awang
Nordin bin Bidin
Selamat bin Kadiyan
Zabidah bt hussien
Osman bin Masran
Siti Mahanom bt Omar
Abd Eala bin Ibrahim
Mohamad Nasharudin bin Abd Eala
Kamaruzaman bin Suparjo
Nazri bin Abdullah
Yaziz bin Abd Hamid
Zamri bin Mohamed
Safar bin Musa
Hairi bin Hashim
Noh bin Mohammad
Sulaimi bin Sharino
Saatdan bin
Shahrulizat bin Muzaffar
Budin bin Mohd Dom
Tumin bin Unos
Arbain bin Asral
Baharum bin Pit
Jumaah bt Atan
Norana bt Atan
Mohamad Zamri bin Abu Bakar
Rosli bin Arshad
Rahmat bin Karim

1,2 Cawangan: Gemereh

Tn. Haji Adam Mohamad, Pengerusi Tetap Kawasan dan Ketua Cawangan Gemereh
Saudara Raub bin Kamin - Setiausaha Cawangan Gemereh
Saudara Mohd Afif
Abd Hamid – Ketua Pemuda Cawangan Gemereh dan
Seluruh AJK Cawangan Gemereh

1.3 Cawangan Bandar Segamat:

Saudara Abd hanis bin abd hamid - Setiausaha PAS Cawangan Bandar Segamat

2. PAS Kawasan Labis.

AJK Kawasan: 6 orang
AJK Cawangan: 9 orang

AJK PAS KAWASAN LABIS

Tn. Hj Md. Zin Bin Johar – Timbalan YDP PAS Kawasan Labis
Hj Sairi Bin Saleh – Naib YDP PAS Kawasan Labis
Ahmad Kamal Bin Hj. Hussin – Ketua Luj Perpaduan Nasional
Ayub Bin Said – AJK PAS Kawasan Labis

Pemuda PAS Kawasan Labis yg melepaskan jawatan dalam parti.

Fahmi Bin Ahmad – Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Labis

Muslimat PAS Labis yg melepaskan jawatan dalam parti.

Pn Mastura Binti Mohd Yusof – AJK Muslimat PAS Kawasan Labis

AJK Cawangan

Tn Hj Md Zin Bin Johor – Ketua PAS Cawangan Bandar Labis
Ayub Bin Said – Naib Ketua Cawangan Kampung Tenang
Ahmad Kamal bin Hj Hussin – AJK PAS Cawanga Bandar Labis
Pn Mastura Binti Mohd Yudof – Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Tenang
Abd. Rahman Bin Md Deli – Bendahari PAS Cawangan Kampung Tenang
Kharuddin Bin Ali – AJK PAS Cawangan Kampung Tenang
Abd. Hatta Bin Abd. Rahman - AJK PAS Cawangan Kampung Tenang
Ahmad Faiul Bin Abd. Aziz – AJK PAS Cawangan Kampjng Tenang
Rohani Binti Lajat – AJK PAS Cawangan Bandar Labis

Nama:

3. PAS Kawasan Sekijang

AJK Kawasan: 3 orang
AJK Cawangan: 7 orang

Shazni Munir Mohd Ithnin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sekijang
Mohd Norsalim Bin Mohd Ali: Ketua Penerangan PAS Kawasan Sekijang / AJK PAS Cawangan Kg Medoi
Mohd Hanaszreen bin Jali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sekijang
Kholid bin Hj Kemeran : setiausaha PAS Cawangan Kg Jawa
Hj Ishak bin Hj Taib : Pengerusi PAS Cawangan Kg jawa
Hj Hasbullah bin Jamhor : Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Kg Jawa
Dhamam Shah Bin Tamyis: Timbalan Ketua Cawangan Kg Medoi
Solihin bin Rimat : AJK PAS cawangan Kg Jawa
Md Zani bin Korib : AJK PAS cawangan Kg Jawa
Pn Intoiyah binti Misbah : AJK muslimah kawasan Sekijang dan cawangan Kg Jawa.

80 lagi ahli Pas Johor keluar parti



SEGAMAT - Susulan peletakan jawatan kepimpinan tertinggi Pas di negeri ini untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, kira-kira seramai 80 ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis pula yang bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Labis, Md Zin Johar berkata, kesemua mereka juga telah bersetuju untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi parti baharu ini selain memperkuatkan semula Pakatan Rakyat (PR).

“Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak melakukan kerja di masa hadapan, kami yang ada pada hari ini (kelmarin) mengumumkan untuk keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia ini.

“Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada di dalam Pas memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin Pas kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan oleh Presiden Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis di Hotel Golden Lake, di sini, petang semalam.

Turut hadir semasa sidang media khas tersebut ialah Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

Menurutnya, beliau juga turut berharap agar ukhuwah di antara mereka dengan ahli-ahli Pas yang lain juga akan berkekalan sampai bila-bila dan sama sekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.

“Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam Pas hanyalah platform perjuangan. Apa yang lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif.

“Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman serta akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Pada masa sama, mereka juga turut berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis selama ini dan menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai mereka selepas ini.

Menurutnya, mereka juga yakin bahawa parti baharu ini turut mengambil kira unsur-unsur inklusif yang mengambil berat demokrasi dan progresif di dalamnya kerana dan akan bergerak seiring serta tampil dengan penjelasan terkini isu-isu semasa.

“Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan aya menyeru semua pihak agar memberi ruang dan peluang kepada parti baharu ini untuk memberikan khidmat baktinya kepada seluruh rakyat Malaysia agar matlamat kita untuk menumbangkan BN akan tercapai pada PRU14 nanti,” katanya

Tindakan Baju merah tawarkan perkhidmatan `cina buta’ sebagai kebudak2kan - Khalid Samad



Khalid Samad menyifatkan tindakan geng 'baju merah " tawarkan perkhidmatan 'cina buta' sebagai `kebudak-budakkan’ dan meminta Jamal memberi tumpuan terhadap masalah yang membelenggu Umno.

Khalid Samad
“Kenyataan bodoh seperti itu hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Dia sepatutnya menyelesaikan masalah yang dihadapi partinya terlebih dulu sebelum sibuk mencampuri urusan orang lain,” katanya.

Berita berkaitan :

KUALA LUMPUR, 5 September:

Pemimpin Umno kumpulan baju merah menawarkan perkhidmatan `cina buta’ sebagai penyelesaian kepada krisis perkahwinan yang sedang dialami Ahli Parlimen Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Datuk Jamal Md Yunos

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, berkata bagi mengelakkan daripada melakukan dosa berpanjangan oleh Ahli Parlimen PAN dan isteri mereka, beliau bersama Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam menyediakan 35 sukarelawan bagi perkhidmatan itu.

`Cina buta’ adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat kita terhadap pakatan bekas suami dengan lelaki lain supaya mengahwini isterinya, yang diceraikan dengan talak tiga, dengan mensyaratkan supaya lelaki itu menceraikannya semula isterinya selepas itu, bagi membolehkan dia merujuk kembali dengan isterinya.

Dalam perundangan Islam, ia disebut sebagai nikah muhallil.

“Kami mempunyai seramai 35 orang sukarelawan yang berumur linkungan 35 tahun, berstatus bujang dan duda sedia untuk memberi perkhidmatan “Cina Buta”.

“Kami menyeru kepada bekas-bekas kepimpinan PAS yang terlibat dan beminat, untuk menghubungi kami bagi berbincang lanjut mengenai tawaran ini,” kata Jamal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dia berkata, adalah berdosa bagi Ahli Parlimen antaranya termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, untuk mereka terus duduk sebumbung dengan bekas isteri tambahan lagi, ini bukan kes cerai yang boleh diruju’

Ini susulan aku janji kepimpinan Pas terhadap parti yang jika secara sukarela keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain, menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri-isteri mereka, melalui lafaz taklik yang telah diikrarkan dalam Baiah Kesetian.

“Atas dasar prihatin dan kesedaran untuk menyelesaikan masalah yang besar ini, kami hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada yang berminat dengan bayaran sekadar dua gantang beras sahaja.

“Terma dan syarat lain mengenai tawaran ini terutama tempoh perkahwinan boleh dibincangkan dengan lebih lanjut kemudian,” kata Jamal.



Bai'ah senjata memakan PAS.,

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia di Universiti Malaysia Perlis, Datuk Dr Ramlah Adam 
Tindakan PAS menjadikan ‘talak’ sebahagian daripada kandungan baiah untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi senjata memakan diri.

Malah, Datuk Dr Ramlah Adam juga berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin PAS ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.

“Saya sedih bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat PAS). Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik.

“Saya kasihan pada isteri wakil rakyat PAS. Mereka ini jadi barang permainan, menjadi tukar ganti. Seolah-olah tidak ada harga diri, tidak ada perasaan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri serta perkara ini paling merendahkan martabat wanita,” katanya..

Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan menyertai kumpulan baru melalui Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Ia bercanggah dengan baiah (sumpah) diucapkan calon PAS di negeri tertentu sebelum menyertai pilihan raya iaitu akan jatuh talak ke atas isteri masing-masing jika meninggalkan parti berkenaan.

Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes didakwa melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Dr Hatta Ramli.

Pertikaian semakin panas selepas Menteri Besar Kelantan - juga Timbalan Mursyidul Am PAS - Datuk Ahmad Yaakob yang mengesahkan pernikahan Dr Hatta secara automatik terbubar.

Jika percaya, terpulanglah

Mengulas lanjut, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia di Universiti Malaysia Perlis itu berkata, keadaan menjadi lebih malang apabila si isteri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suami mereka daripada berbaiah.

“Saya percaya mereka tidak terlibat dalam baiah itu, tetapi baiah ditandatangani dan menjadi dokumen rasmi. Kalau dibawa ke mahkamah pun ia akan diterima.

“Isteri tidak tahu apa-apa dan kalau mereka tahu sekali pun mereka tidak ada kuasa sebab yang buat keputusan adalah parti dan juga suami dia,” jelas Ramlah.

Bagaimanapun, menurut Ramlah, isteri wakil rakyat PAS boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian berhubung status mereka.

Namun, ujar Ramlah terpulanglah kepada mereka jika merasakan sebaliknya.

“Kalau mereka akur dan percaya ia betul, kita tidak boleh berbuat apa. Terpulanglah," katanya.

Ramlah juga berpendapat sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam PAS tidak sewajarnya berbuat demikian kerana tindakan mengenakan sumpah baiah beserta talak mempersendakan agama.

“Parti ini menggunakan Islam sebagai satu permainan politik.

“Itulah padahnya jika kita mempermainkan agama. Seeloknya politik tidak dicampur adukan dengan agama,” kata Ramlah.

Parti Pekerja-pekerja Malaysia pernah bertanding di PRU5



KUALA LUMPUR, 5 September:

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mendakwa Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) bukan sebuah parti politik adalah salah.

Ini kerana, kata Pengerusi PPM Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, PPM bukan sahaja diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengasasnya, Ganga Nayar pernah bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way, pada Pilihan Raya Umum kelima (PRU5).

“Jika kami bukan sebuah parti politik, macam mana kami boleh bertanding? Jadi, Nur Jazlan perlu berfakta bila bercakap,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian
.
Rabu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PPM tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (PAN), kerana ia bukan sebuah parti politik, sebaliknya ia adalah sebuah entiti yang memperjuangkan hak pekerja.

Justeru, Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh menggunakan nama PAN sebagai nama rasmi wadah politik mereka, selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Alhamdulillah, Lebih 100 ahli Pas Kulai dan Tenggara sertai Amanah

Aminolhuda Hassan (Tengah) bersama bekas ahli PAS dari Bahagian Kulai dan Tenggara yang menyertai Amanah di Hotel Creator di Kulai hari ini
KULAI, 5 September:
Lebih 100 ahli Pas dari Bahagian Kulai dan Tenggara di Johor mengumumkan perletakan jawatan bagi menyertai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Amanah), hari ini.


Kumpulan ahli yang diketuai wakil pemimpin 27 bahagian dan ahli jawatankuasa, menyerahkan borang permohonan keahlian baru kepada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan di Hotel Creator, hari ini.

Difahamkan, Pas Bahagian Tenggara terjejas berikutan kebanyakan ahlinya meninggalkan parti itu bagi menyertai Amanah, yang diketuai bekas pemimpin Pas Progresif.

Aminolhuda, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas negeri, berkata kebanyakan bekas ahli Pas berasa lebih yakin dengan parti baru itu dan dia menjangka lebih banyak ahli di negeri berkenaan akan menyertai mereka.



“Pada masa sama, Amanah peringkat negeri juga menjangka dapat menyaksikan kira-kira 150 ahli Cina bukan Islam dari Segamat dan Labis menyertai parti ini hari ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Aminolhuda berkata, ahli bukan Islam menyertai Amanah pada peringkat awal seperti ini sudah pasti menjadi peransang kepada pemimpin kerana ia menunjukkan hala tuju parti baru.
“Ia turut menunjukkan Amanah adalah inklusif keseluruhan untuk bangsa dan agama lain dalam memenangi rakyat.



Aminolhuda, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Parit Yaani, meluahkan harapan supaya Johor akan dapat mendaftarkan kira-kira 5,000 ahli Amanah pada pelancaran peringkat negeri yang dijadual pada 11 September ini di Tebrau berhampiran Johor Baru.

Ditanya mengenai keadaan bahagian Pas Tenggara, beliau mengesahkan bahagian itu akan terjejas apabila majoriti ahlinya menyertai Amanah hari ini.


8 Sebab Mengapa Bai'ah PAS terbatal dan tertolak.


MENGAPA BAI`AH ITU TERBATAL DAN MARI TELAAH SIRI2 KHIANAT PAS TERHADAP TAHALUF SIASI YG DIPERSETUJUI

1. PAS terawal khianat dalam PR apabila seawall 2008 telah mengadakan Perbincangan UG dengan umno sedangkan muktamar 2008 telah meluluskan Kerjasama dalam PR.

2. PAS telah bersetuju dalam mesyuarat PR untuk bersama PR tetapi secara diam2 PAS mengadakan perbincangan dengan umno.

3. Bertindih di enam dun dalam PRU-13 padahal dalam mesyuarat PR PAS telah bersetuju kerusi2 itu PKR bertanding.

4. Mempartahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sedangkan DAP dan PKR bersetuju tukar MB, keputusan PKR tukar MB mendapat sokongan DAP maknanya keputusan 2:1.

5. Sejak 2013 telah diadakan perancangan untuk menolak golongan profesional dalam kepimpinan PAS (sebenarnya seawal 2011 telah dirancang) Nik Abduh telah mengadakan "Deklarasi Shah Alam" yang disenaraikan siapa yang akan digugurkan.

6. Muktamar 2015 dewan ulamak telah membekalkan skima atau `chai’ kepada perwakilan supaya mengundi mengikut chai yang dibekalkan (hanya 20% sahaja tidak ikut chai).

7. Golongan agama dalam PAS memang mahu golongan profesional disingkirkan daripada sof kepimpinan dan dari PAS!

8. Kenyataan Presiden PAS supaya ahli PAS yang tidak bersetuju dengannya boleh keluar PAS dan tubuh parti baru, ini sudah terang lagi bersuluh arahan telah dikeluarkan oleh Tuan Presiden PAS, apa pilihan yang ada selain dari keluar PAS dan buat parti baru.

Analisa tersebut sudah cukup kuat untuk membatalkan bai`ah adun dan ahli parlimen PAS kerana PAS sudah tidak mahu lagi dengan golongan profesional yang digulingkan secara tidak demokratik.
Dalam tafsir Al-Azhar Dr.Hamka mengatakan sumpah seumpama itu adalah sumpah "lagho" atau sia2 dan tidak perlu kepada kafarah (Ayat 225 surah Al-Baqarah).

Muhyiddin persiap diri kemungkinan di pecat pada mesyurarat MT UMNO



Sumber dalaman berpendapat tiada alasan kukuh untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno apabila majlis tertinggi parti itu bermesyuarat 9 September ini.

Difahamkan Muhyiddin yang pulang dari Australia beberapa hari lalu mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya bagi membincangkan kemungkinan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu ini.

Ia adalah mesyuarat pertama badan tertinggi Umno itu sejak presiden mereka melakukan rombakan kabinet menyaksikan Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disingkirkan kerana lantang menyoal cara perdana menteri menguruskan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Muhyiddin berkata, mereka melihat pelbagai kemungkinan dan enggan mengambil mudah perkembangan yang berlaku, termasuk kemungkinan bekas timbalan perdana menteri itu dipecat kerana ucapannya yang boleh dianggap bertentangan dengan presiden.

"Tiada dimaklumkan sebarang agenda mengenai itu (memecat Muhyiddin). Bagaimanapun, kami tidak mahu memandang ringan sebarang kemungkinan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 

Sudah ada krisis keyakinan



Muhyiddin dan Mohd Shafie - Naib Presiden Umno - dipecat daripada jawatan kabinet pada 29 Julai lalu.

Awal minggu ini tersebar khabar di media sosial kononnya Muhyiddin dan Mohd Shafie akan disingkirkan daripada Umno.

Turut tersenarai dalam 'khabar' itu ialah 
  1. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, 
  2. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir, 
  3. bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan 
  4. bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor turut menyatakan kebimbangannya terhadap mesyuarat MT Umno Rabu ini.

Bagaimanapun, seorang ahli akademik di sebuah universiti awam berpedapat, tiada tindakan akan dikenakan terhadap Muhyiddin dan Mohd Shafie kerana ketika ini sudah ada banyak rasa kurang senang di kalangan ahli Umno.

"Parti itu sendiri menghadapi krisis keyakinan dan tidak selesa dengan presidennya. Memecat dua pemimpin tinggi Umno akan menambah kebencian lagi, terutama selepas BERSIH 4," katanya yang enggan didedahkan identitinya.

Ahli akademik itu berkata penyingkiran Muhyiddin tidak diterima baik oleh Umno Johor.

"Tambahan pula Tun Dr Mahathir Mohamad masih popular dalam Umno dan beliau sendiri menyeru Najib berundur," katanya

‘Otai’ reformasi gesa pihak berkuasa halang Himpunan Maruah Melayu

Jurucakap Otai Reformasi, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir Himpunan Maruah Melayu berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan 'darah' dalam motonya iaitu 'Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku'

Sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Otai Reformasi" (singkatan untuk old-timer atau orang lama) hari ini menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap satu demonstrasi dinamakan Himpunan Maruah Melayu yang dijadual berlangsung 16 September dan 10 Oktober depan.

Jurucakap kumpulan itu, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir himpunan itu berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan "darah" dalam motonya iaitu "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku".



Beliau juga gusar dengan logo program itu yang menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasi himpunan itu akan berlangsung, iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga berbangsa Cina.
"Kami minta ketua polis negara, menteri dalam negeri dan perdana menteri ambil tindakan segera sebelum himpunan ini berlangsung dan melibatkan unsur perkauman dan keganasan.

"Sebelum ia merebak ke tempat lain, eloklah mereka bertindak segera," katanya pada sidang media di pagar Masjid Jamek, Kuala Lumpur petang ini.

Liu turut menamakan presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom dan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos sebagai penganjur himpunan itu.

Mereka kemudian beredar menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Turut hadir pada sidang media itu Adun Hulu Selangor Saari Sungib serta kira-kira 20 individu lain yang sebelum itu melakukan solat hajat di Masjid Jamek itu.

Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, menafikan himpunan itu akan bertukar menjadi satu isu perkauman.

"Mereka pergi bukan untuk bergaduh. Mereka hanya pergi untuk melihat-lihat Jalan Petaling, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat.

"Mereka juga tidak akan turun dengan membawa keris atau parang. Mereka akan turun membawa payung kerana Kuala Lumpur sekarang ini cuacanya panas," katanya.

Ali baru sahaja disiasat polis ekoran ucapannya yang didakwa berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat sewaktu satu insiden di pusat barangan digital itu baru-baru ini.

Peserta IACC Kritik PM: Mereka pakar, bukan orang sembarangan

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir

SHAH ALAM - Pemerhati politik berpendapat kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung selama tiga hari di Putrajaya itu datang daripada pakar bukan tuduhan melulu.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata apa yang lahir dari mulut pengkritik adalah berdasarkan perspektif mereka melalui maklumat yang diterima.

“Mereka ini orang pakar yang berwibawa dalam bidang dan tugas masing-masing. Saya percaya mereka mengkritik dengan asas, penuh tanggungjawab bukan secara melulu.

“Itu sudut pandangan dan perspektif mereka berdasarkan perkembangan dan maklumat yang mereka tahu tentang perkembangan melibatkan perdana menteri dengan 1MDB,” katanya kepada Sinar Online ketika diminta mengulas mengenai IACC yang menjadi pentas mengkritik pemimpin nombor satu negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib dikritik di IACC memalukan, kata Rafidah]

Najib menjadi sasaran perwakilan-perwakilan asing dan tempatan sepanjang persidangan itu berlangsung sejak Rabu hingga semalam berkaitan dengan skandal 1MDB.

Menurutnya, apa yang berlaku di pentas IACC adalah bersesuaian dengan tujuan persidangan itu dianjurkan.

“Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab untuk memberi pandangan sesuai dengan platform yang ada. Persidangan itu adalah platform untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina...yang konstruktif tentang bagaimana untuk menangani isu dan masalah rasuah, itu sesuai dengan objektif persidangan itu.

“Mereka ambil inisiatif itu dan kebetulan IACC itu diadakan di Malaysia maka mereka ambil contoh Malaysia. Mungkin ada yang menyifatkannya sebagai campur tangan tapi platform apa lagi mereka nak gunakan selain persidangan itu yang sesuai dengan tujuan asal diadakan majlis itu?,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat pemimpin negara berhak menangkis segala kritikan yang dilemparkan namun ia mesti berasaskan fakta yang konkrit bukan sekadar penafian.

“Bagaimana kita memberi reaksi itu terpulang kepada kita. Tapi pemimpin negara berhak untuk menangkis balik. Cuma tangkisan itu hendaklah berdasarkan data dan fakta yang konkrit bukan sekadar membuat sesuatu kenyataan umum atau penafian dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disampaikan sebagai tidak adil atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.

“Sebagai rakyat kena lihat (kritikan) itu dengan pemikiran terbuka walaupun mungkin kritikan itu agak pedas tetapi saya lihat mereka mengeluarkan kenyataan itu ‘without fear or favour’. Mereka juga mempunyai integriti, bercakap berdasarkan fakta, bukannya dengan emosi dan kenyataan melulu,” katanya.

Bai'ah Pas: Majlis Fatwa kena bersidang - Dr Siti Mariah Mahmud



KOTA BHARU - Ketua Wanita, Parti Pekerja Malaysia, Dr Siti Mariah Mahmud mencadangkan satu perbincangan dilakukan Majlis Fatwa berkenaan tindakan Pas Kelantan yang memasukkan ungkapan taklik talak tiga dalam lafaz bai'ah parti itu.

Menurutnya, perkara tersebut perlu dilakukan bagi menjaga hak-hak keistimewaan agama Islam daripada dipermainkan dan pelaksanaan sebelum ini juga didakwa tidak pernah dipersetujui di peringkat pusat.

"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.

"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama Pas sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Dialog dan Penerangan Wanita Harapan Baru, di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bai'ah tidak lagi sah ]

Menurutnya, beliau mengakui terpaksa ‘mungkir janji’ dan langgar bai’ah yang pernah dilafazkan sebelum ini kerana yakin parti baru itu menjanjikan perjuangan yang lebih baik berbanding Pas.

Walaupun berat untuk berhijrah, namun berlandaskan hadis dalam Kitab Sahih Muslim yang menyebut, “barang siapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah”, beliau nekad membuat keputusan meninggalkan Pas.

"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan ALLAH SWT. Kita istighfar, bertaubat. ALLAH sahaja yang tahu hati kita," katanya lagi.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mendedahkan Pas kini didakwa bagaikan merancang misi Ops Pagar bagi menghalang muslimatnya menghadiri mana-mana majlis anjuran parti terbabit.

Beliau berkata, Pas didakwa bertindak demikian kemungkinan disebabkan melihat kepada sambutan yang diterima parti yang bakal menggunakan nama Parti Amanah Negara itu, namun tindakan tersebut menyerupai Umno.

"Saya tidak jangkakan sambutan baik daripada golongan wanita di sini termasuk juga muslimat Pas. Apa yang hendak dikatakan, kami yakin dengan perjuangan dan hujah yang dibawa boleh mengegarkan Pas.

"Hasil maklumat, kita dapat tahu sesiapa yang hadir sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan boleh dipecat. Ini adalah sama dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini,”katanya.

Friday 4 September 2015

Bas Angkut Pelarian Syria




BUDAPEST: Kerajaan Hungary menyediakan bas untuk membawa pelarian memasuki sempadan Austria, kata jurucakap perdana menteri, Viktor Orban pada lewat Jumaat.

Bas berkenaan telah dihantar ke beberapa stesen kereta api sekitar Budapest, selain kira-kira 1,200 pelariang lain yang berjalan menuju ke sempadan negara itu.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna dengan mudah mereka boleh meninggalkan negara ini.

"Kami sedang menunggu maklum balas kerajaan Austria," kata Ketua Staf Janos Lazar pada sidang media.

Selain menaiki bas, ribuan lagi pelarian terbabit yang berjalan kaki menuju ke sempadan untuk memasuki Austria.

Sebelum ini, di Bricske dilaporkan ratusan pelarian masih tidak berputus asa untuk memasuki Eropah Barat hingga berlaku pergelutan dengan pihak polis di stesen kereta api yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sini.



Mereka dikatakan enggan turun daripada kereta api berkenaan, mendorong polis menggunakan kekerasan.

Kebanyakan pendatang asing di kalangan warga Syria itu bertindak balas terhadap pasukan keselamatan kerana enggan dibawa ke kem tahanan.

Kereta api yang sarat dengan pelarian itu dalam perjalanan ke Austria sebelum berhenti secara mengejut di Bicske.

Menurut saksi, kebanyakan pelarian bersama ahli keluarga mereka berbaring di landasan kereta api dan selebihnya melarikan diri.

"Remaja dan lelaki dewasa sedaya upaya berpaut kepada pemegang kereta api apabila polis cuba mengeluarkan mereka secara paksa.

"Sementara ibubapa cuba menenangkan anak-anak mereka yang menangis," kata saksi seperti dilapor CNN.

Mahfuz Omar Kekal Dalam PAS



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.

Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.

"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.

"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.

Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.

"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.

"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya.

Isu bai’ah bukan urusan ulama Pas-Khalid Samad



SHAH ALAM: Ahli Parliman Shah Alam, Khalid Samad mengingatkan ulama PAS supaya tidak masuk campur dalam isu bai'ah atau sumpah yang dibuat dengan nama Allah ketika berada dalam parti Islam itu.

Tegas Khalid, beliau yakin tindakan melanggar sumpah kerana bertindak keluar daripada PAS tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat boleh ditebus dengan membayar kafarah.

"Sumpah ini antara kami dengan Allah, yang lain jangan campurlah.

"Biar kami serah kepada Allah. Kami buat ini (kafarah) pun mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika ditemui pada majlis kafarah dan sumbangan di sini, Jumaat malam.

Turut sama berkafarah ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan dua ahli Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilantik atas tiket PAS.

Mereka ialah bekas Yang Dipertua PAS Shah Alam, Azli Yusof dan bekas Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim.

Keempat-empat mereka bertindak keluar PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Kafarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa dengan cara seperti membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu.


Bagi kafarah kerana melanggar sumpah ia boleh dilakukan dengan memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada fakir miskin.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata bai’ah yang dilafaz oleh ahli PAS di seluruh negara tidak boleh ditebus melalui kafarah.

Jelasnya Mahfodz, bai’ah merupakan satu perkara berbeza dengan sumpah yang mana sumpah boleh ditebus melalui kafarah.

Bagaimanapun Khalid berpandangan bahawa punca sumpah yang dibuat terpaksa dilanggari perlu diambil kira dalam situasi yang dihadapi oleh beliau dan sembilan lagi bekas wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah.

"Kena faham, sama ada kafarah kita akan diterima oleh Allah atau tidak ia bergantung kepada sebab mengapa kita langgar janji itu.

"Kita yakin Allah tahu dan kita beristigfar kerana terpaksa langgar janji itu dan kita mengharapkan...insyaAllah akan terima," katanya.

Mengulas mengenai bai'ah menceraikan isteri yang dibuat oleh PAS Kelantan, Khalid berkata talak berkenaan tidak sah kerana ia tidak disertakan dengan niat.

"Tak jatuh dengan automatik, kerana bila dia cakap...niat dia bukan nak cerai tapi niat dia untuk halang orang itu buat sesuatu. Dengan niat bahawa dia tak akan buat (keluar PAS) supaya kekallah.

"Ada banyak pandangan, tapi maklumat yang kita dapat dan pandangan yang paling kukuh ialah yang mengatakan ianya tidak automatik dan ia menjadi sebagai sumpah atau janji. Jika nak tebus janji atau sumpah, dia boleh batalkan dengan kafarah," katanya

.

Muhyiddin may be relieved of duties as Deputy President



KUALA LUMPUR: A former Information Minister has gathered that Umno Deputy President Muhyiddin Yassin, recently sacked as Deputy Prime Minister, may not be stripped of his party membership after all. If Muhyiddin was stripped of his membership, he would automatically lose the number two position, noted Zainuddin Maidin who was at one time Editor-in-Chief of Utusan Malaysia. “In any case, no matter what happens in going forward, it’s unlikely that those defending Najib on the various scandals and other issues would abandon their stand or him.”

The alternative idea being tossed around on Muhyiddin, according to a source, was to relieve him of his duties as Deputy President but he still remains a member, added Zainuddin. “The suspension of duties will apparently last until 2018 when the next General Election is due. The Deputy President’s duties, it appears, will be assumed by the Vice-Presidents in the party.”

“It appears this information from the source may have in fact been gleaned from insiders in the party who are reliable.”

However, said Zainuddin, everybody has to wait until September 9 to learn what kind of decision the party’s Supreme Council will make on Muhyiddin’s fate. “According to the source, Shafie Apdal will remain a party member and Vice-President.”

“Even former Prime Minister Mahathir Mohamad will be kept as a member.”

In preparation for Mahathir being stripped of his party membership, said Zainuddin in recalling the issue, came the recent claims in the media that it was actually the former Prime Minister who was behind the various exposes put out by the Sarawak Report.

The earlier speculation, continued Zainuddin, was that both Muhyiddin and Mahathir will be stripped of their party membership. “Already, questions have arisen over Wanita Umno Langkawi rebel Anina Saadudin being stripped of her party membership for dragging party President and Prime Minister Najib Abdul Razak to court over the RM2.6 billion political donation in his personal accounts.”

“Megat Najamuddin Megat Khas, a member of the Umno Disciplinary Board, has pointed out that such a decision can only be taken by the Supreme Council. He said the Umno administration, acting alone, cannot take such a decision.”

The Umno secretary-general, said Zainuddin, had explained that under Article 20.7 of the party’s Constitution, the membership of those who resorted to court action on party matters without first exhausting internal avenues available, would stand “automatically revoked”.

If more members follow in Anina’s footsteps and haul Najib to court on Umno matters, asked Zainuddin, would the party likewise claim that their membership in the party stands automatically revoked? “Or would they just remain silent since action has already been taken against Anina on the issue?”

The party, continued Zainuddin, would face endless problems if more members emulated Anina and followed in her footsteps. “They could also press the claim that Najib cheated the party of the RM2.6 billion political donation.”

KEADILAN SERU ISU BAI’AH LAFAZ TA’LIQ DI SELESAI SECARA HIKMAH

DR MOHD NOR MANUTY
Pengerusi 
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama ( BiPPA ) 

Sesungguhnya, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama ( BIPPA ) KEADILAN amat dukacita dengan perkembangan isu bai’ah talak yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. BiPPA berpandangan bahawa isu ini perlu dikendalikan dengan berhati-hati dan cermat, agar ia dapat dileraikan dengan bijaksana dan hikmah bersandarkan rujukan keilmuan yang sahih, autoritatif dan kredibiliti yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, kami berpendirian bahawa bahawa amalan menjadikan lafaz ta’liq perceraian dalam politik kepartian adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip syari’ah Islam. Ia membawa mudarat kepada kerukunan rumahtangga kerana melibatkan perceraian dan keruntuhan institusi keluarga. Adalah jelas, bahawa dari perspektif maqasid syariah, menjaga kerukunan institusi dan maruah keluarga, amatlah diberi penekanan.

Justeru, keharmonian keluarga tidak wajar dijadikan taruhan untuk survival mana-mana parti politik dan kelompok manapun jua. Sesungguhnya, agama Islam amat memberi perhatian kepada pemeliharaan martabat dan kehormatan wanita. Kaum hawa ini, adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan sempurna.

Dalam meleraikan kekusutan yang sedang berlaku ini, BiPPA mengalu-alukan pendirian tegas dan jelas yang diberikan oleh beberapa ulama kontemporari dan pimpinan gerakan Islam sedunia. Dalam hal ini, pandangan tokoh-tokoh seperti Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi (Presiden Kesatuan Ulama Sedunia), Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Kerajaan Pulau Pinang) dan ramai lagi perlu diberi perhatian dan dokongan.

Kesemua tokoh-tokoh tersebut berpendirian, bahawa amalan baiah yang berta’liq seperti ini adalah tertolak dan tidak wajar diamalkan. Malah, Setiausaha Gerakan Ikhwan al-Muslimun Antarabangsa, menyatakan bahawa bai’ah talaq ini adalah haram dan bersifat ‘takfiri’ (kafir-mengkafir). Ia juga boleh menjadi fitnah besar kepada seluruh gerakan Islam secara global. Justeru itu BIPPA menyeru supaya warga politikus Muslim di Malaysia supaya membudayakan politik yang lebih berhati-hati, demi menjaga maslahah dan kepentingan umat.

BIPPA juga menyeru kepada badan kehakiman mahkamah syariah supaya lebih berintegriti dan menjaga profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Hakim sewajarnya tidak memberikan komentar dan pandangan diluar mahkamah kerana boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan umum kepada keupayaan sistem mahkamah syariah untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.

DR MOHD NOR MANUTY
Pengerusi 
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama ( BiPPA ) 
PARTI KEADILAN RAKYAT
4 September 2015

Harapan Baru sedia bertanding jika esok PRU14

Dr Dzulkefly Ahmad


SHAH ALAM – Gerakan Harapan Baru sedia mempertaruhkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia pada PRU14 akan datang sekalipun parti itu gagal dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Harapan Baru tidak lagi ragu-ragu kerana NGO itu sudah mempunyai platform politik yang kukuh dan sah, bagi membolehkan ia turut serta menyaingi parti politik lain dalam pilihan raya akan datang.

“Itu tiada masalah, bila-bila masa kita boleh bertanding kerana kita sudah ada kapal dan rumah, tetapi yang lebih penting kita bukan baru dalam politik.

“Tengoklah wajah-wajah itu, kami ini ahli politik yang berpengalaman, sudah lalui keadaan baik dan sukar, kita telah lalui semuanya, kami bersedia dengan apa juga cabaran dan rintangan,” katanya lagi,  hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Nur Jazlan berkata, Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi Perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan ROS.

Dalam pada itu, Dzulkefly juga berkata, kekangan untuk menukar nama lama kepada baharu bukan satu halangan untuk pihaknya meneruskan agenda yang lebih penting, iaitu untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

“Ya, asalkan Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh, usaha itu perlu didahului dengan penubuhan satu wadah politik baharu,

“Apa pun namanya, dalam Islam, sesuatu itu dinilai dari sudut isinya, bukan pada namanya, kalau dapat dua-dua lagi cantik, dalam Islam bukan nama tapi apa kandungannya,” ujarnya.

Ditanya tentang Harapan Baru terdesak hingga terpaksa menggunakan parti yang berasaskan pekerja, beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut sambil menegaskan pemilihan parti itu kerana mempunyai matlamat sama untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Bukan soal terdesak, kami pilih parti ini kerana mereka ini pekerja, mereka ini datang membawa satu agenda yang akhirnya mengangkat kepentingan pekerja sebagai satu segmen rakyat yang hari ini mereka fikir terpinggir,” katanya lagi.
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...