Search This Blog

Saturday 12 September 2015

Kenyataan Media Saudara Dato'Mahfuz Hj.Omar


Kenyataan Media.

MACAM MANA NANTI KERJASAMA PAS DENGAN PKR YANG MENERIMA DATO'KAMARUDIN JAAFAR AHLI PARLIMEN TUMPAT YANG DIANGGAP PENGKIANAT.

1. Saya terkejut dengan penyertaan Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) ke dalam parti PKR yang masih merupakan rakan kerjasama politik PAS. Bukan saya seorang yang terkejut tapi ramai yang tidak menyangka demikian. Apa tah lagi dalam suasana berlaku pertikaian bab bai'ah cerai talak tiga serta dakwaan oleh pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan menyertai Parti lain adalah melanggar bai'ah dan membawa pergi kerusi yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat.

2. Tindakan Dato' KJ dan Tan Seri Mohammad Taib bekas Menteri Besar Selangor tidak menyertai Parti Amanah Negara(Amanah) bukannya isu untuk diperbahaskan. Tetapi isu besarnya ialah kenapa KJ dan Tan Seri memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas GHB sebelum penubuhan parti politik. Malah Tan Seri turut berkempen menyokong GHB. Saya percaya ini lah kebijaksanaan Amanah untuk melepaskan KJ dan Tan Seri atas permintaan Dato'Seri Anwar Ibrahim kepada PKR sebagai satu strategi politik kerjasama yang lebih mantap pada masa depan antara Amanah dan PKR serta DAP pada bagi membentuk PR 2.0 untuk menghadapi pru14. Amanah membina kepercayaan rakan kongsi politik pembangkang dengan sterategi "give and take" untuk memposisikan partinya di persada politik nasional.

3. Persoalan kedua dari penyertaan dua tokoh ini dalam PKR khususnya KJ yang turut membawa kerusi Parlimen Tumpat yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS sejak dari PRU ke10 pada tahun 1999 lagi ialah apakah pendirian PAS terhadap KJ dan PKR. Pada MP dan Adun yang sertai Amanah dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat. Jika KJ juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Parlimen Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia untuk mengecam PKR yang memujuk dan menerima KJ?.

4. Sedangkan kepada mereka yang meninggalkan PAS khususnya Wakil Rakyat yang menyertai Amanah dianggap pengkhianat dan PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat, bagaimana pula hubungan kerjasama PAS dengan PKR selepas episod ini, apatah lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang diterajui PKR? Memandangkan PKR telah menerima KJ ahli Parlimen yang meninggalkan PAS. Orang yang melakukan perbuatan ini dianggap oleh Pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Boleh kah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima Pengkianat PAS?

5. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk PAS dan PAS sedang dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam nak meneruskan kerjasama Politik dengan rakan rakan pembangkang. Untuk menghalang Amanah sertai PR 2.0 sudah tidak nampak jalan, kerana PKR dan DAP bersetuju untuk terima Amanah sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat baru 2.0. Nak sama sertai dalam PR 2.0, PAS sudah pun putuskan hubungan dengan DAP dan mengistihar kumpulan yang menerajui Amanah sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. Hendak bertahaluf dengan PKR sahaja pun bermasaalah kerana PKR telah menerima Pengkhianat PAS dan membawa kerusi Parlimen yang dimenangi PAS bertukar menjadi Ahli Parlimen PKR. Atau dalam bahasa marah PKR sudah mencuri kerusi PAS. Redho kah PAS?.

6. Apakah PAS akan bersendirian dalam percaturan politik di Malaysia akan menjadi kenyataan selepas ini? Apakah PAS akan berundur dari Kerajaan Selangor? Dan apakah dalam PRU14 nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?

7. Sebagai ahli PAS yang masih Istiqamah sangat mengharapkan PAS tidak terpinggir dan dapat memperbetul serta memposisikan kembali kedudukannya di arus perdana politik Malaysia. Episod politik selepas ini makin mendebarkan. Jangan biarkan rakyat berada dalam penantian yang tak kepastian kerana itu suatu penyeksaan. Jangan biarkan angin perubahan politik Malaysia baru berlalu pergi tanpa hujan rahmat untuk semua.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.


Dato'Mahfuz Hj.Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
12 Sept 2015/28Zulkaedah 1436H

Sasaran 100,000 sertai Parti Amanah Negara



MELAKA - Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang termasuk anggota Pas akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.

Presiden PAN Mohamad Sabu berkata sehingga kini PAN menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini. 

"Kita telah mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.

"Pada hari ini PAN telah menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota Pas. 

"Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak 2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PAN Melaka di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka. 

Mohamad Sabu berkata PAN Melaka akan bergerak sebagai sebuah parti politik bermula hari ini dan terus bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu. 

Beliau berkata PAN juga bersedia bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan Pas dalam sesuatu isu sekiranya perlu. 

Mengulas tentang anggota Pas iaitu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar memilih untuk yang menyertai PKR, katanya ia tidak memberi kesan kepada PAN kerana mereka masih anggota Pakatan Rakyat. 

"Tidak apalah...asalkan mereka berada dalam Pakatan Rakyat..barangkali mereka ada pandangan masing-masing..saya mengalu-alukan mereka menyertai PKR," katanya

Wednesday 9 September 2015

PAS tak akan sertai pakatan pembangkang baharu, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu kerana pembentukannya tidak jelas dalam mendaulatkan Islam. – Gambar fail 

Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.
“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.


Bagaimanapun, Azmin yang juga menteri besar Selangor jelas masih menganggap PR masih wujud dan mahu PAS terus kekal dalam pentadbiran Selangor.

Parti Amanah Negara (Amanah), parti pembangkang bercirikan Islam yang baru ditubuhkan sebagai alternatif untuk rakyat pula berkata, pemimpin mereka sepakat menerima PAS dalam gabungan baharu tetapi parti Islam itu sendiri yang nampaknya mahu bersendirian.

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata, sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, Amanah terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS.

Tetapi, kata ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad, dilihat daripada pendirian Hadi, terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian.

Bagaimanapun, sebelum ini, ahli parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah, Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bermesyuarat dengan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu bagi membincangkan secara terperinci hala tuju gabungan baharu pembangkang.

Dr Wan Azizah dilaporkan mengalu-alukan Amanah sebagai parti pembangkang baharu dan dipercayai akan bertemu pemimpin DAP dan PAS untuk membincangkan inisiatif Pakatan Rakyat 2.0. – 10 September, 2015.

Tebus sumpah beri makan orang miskin - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah



KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memilih untuk memberi makan kepada 10 orang miskin sebagai menebus sumpah baiah yang dilafazkan sebelum ini berhubung ketaatan terhadap perjuangan Pas.

Tindakan itu, katanya, diambil berdasarkan kepada surah Al-Maidah ayat 89 berhubung Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus sumpah baiah jika berlaku pelanggaran sumpah.

“Hukumnya adalah memerdekakan seorang hamba, beri makan 10 orang miskin daripada apa kita makan dan berpuasa tiga hari.

“Saya memilih yang kedua, akan beri makan 10 orang miskin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Tindakan tebus sumpah itu diambil selepas beliau melanggar lafaz baiah yang diikrarkannya secara sukarela di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua tahun lalu apabila mengambil keputusan menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Walaupun sebahagian besar pemimpin Pas menganggap sumpah baiah tersebut masih sah sehingga kini, beliau sebaliknya menganggap Pas sudah lari daripada perjuangan asal terutama berhubung tahalluf siyasi atau kerjasama politik dengan rakan pakatan.

Katanya, beberapa perkara diabaikan Pas adalah meninggalkan konsep Pas untuk semua dan memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi pada Jun lalu yang disifatkan perubahan besar konsep asal sebelum PRU13.

"Selain itu, keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh Pas dalam PR, manakala golongan profesional disingkir daripada Jawatankuasa Pas Pusat yang dilihat memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama,” katanya.

Beliau menjelaskan, kesedaran perubahan konsep perjuangan Pas menyebabkan beliau ‘berhijrah’ kepada Harapan Baru seterusnya Parti Pekerja Malaysia melalui parti Islam mengikut legasi bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau turut memetik hadis Mengulas desakan Pas Terengganu supaya beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin menuntut supaya Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membentangkan prestasi dan kehadiran kesemua ahli Parlimen Terengganu melalui beberapa fakta dengan menuntut ia diperjelaskan selama 14 hari bermula kelmarin.

“Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat, pengundi boleh buat penilaian siapakah sebenarnya yang patut letak jawatan sebagai ahli parlimen,” katanya

Kenyataan Media KP AMANAH Malaysia berkenaan Himpunan Baju Merah

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Malaysia


Kenyataan Media

9 September 2015

UMNO Perlu Bertanggungjawab Sepenuhnya Terhadap Kesan Buruk Himpunan Baju Merah

1) Secara asasnya Pemuda AMANAH menghormati hak semua pihak untuk berhimpun sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

2) Namun begitu, Pemuda AMANAH mengingatkan agar himpunan Baju Merah yang bakal diadakan nanti untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi kaum atau agama. Sungguh menyedihkan apabila Hari Malaysia yang sepatutnya menjadi simbol penyatuan semua rakyat diisi dengan kebencian dan kemarahan terhadap mana-mana kaum atau agama di negara ini.

3) Sentimen antara kaum yang semakin memuncak yang sekaligus telah menggagalkan konsep 1Malaysia seharusnya diletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas UMNO memandangkan pendirian parti tersebut, melalui Naib Presidennya yang seolah-olah merestui ahli-ahli UMNO untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

4) Umum mengetahui bahawa isu perkauman sering menjadi senjata akhir untuk UMNO mengalih satu-satu isu besar. Jika kali ini pun UMNO mahu menggunakan modus operandi yang sama, Pemuda AMANAH memohon agar pihak PDRM mampu untuk bertindak profesional dan berani untuk menghalang perhimpunan tersebut sungguhpun agensi tersebut duduk di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Dato' Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Malaysia

Pas dalam bahaya, menang kerana PR

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman

SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

“Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

“Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

“Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

“Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

“Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

“Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina,” katanya lagi.

Adun Kuala Semantan keluar Pas


Syed Hamid (kiri) menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pekerja Malaysia kepada Dr Hamzah.
TEMERLOH - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru.

Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.

Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional.

“Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul.

“Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu.

“Saya tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baru,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta berusaha menyatukan negara ini.

Beliau berkata, dari segi bai’ah negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya yang belajar di Yaman.

“Dari segi bai’ah tidak ada masalah, saya telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai’ah negeri Pahang ada menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau keluar parti.

“Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda,” katanya.

Syed Hamid berkata, beliau sekarang tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa.

Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya menyertai Umno.

Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lipis.

Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu.

RAKYAT BEBAS SERTAI HIMPUNAN TUNTUT HAK RAKYAT, TAPI BUKAN HIMPUNAN PERKAUMAN



KENYATAAN MEDIA

RAKYAT BEBAS SERTAI HIMPUNAN TUNTUT HAK RAKYAT, TAPI BUKAN HIMPUNAN PERKAUMAN

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minima, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.

Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya.

Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama, dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, rakyat perlu membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
9 September 2015

Kerjasama dengan PAS: Jelaskan kepada penyokong, kata Guan Eng kepada Azmin

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PKR perlu menjelaskan kepada penyokong mengenai keputusan untuk bekerjasama dengan PAS yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan kepada penyokong parti pembangkang mengapa pihaknya memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Katanya, Azmin dan PKR mungkin mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian tetapi ia harus menerangkan kepada penyokong mereka mengenai keputusan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP.

"Azmin mempunyai sebabnya sendiri, tetapi walau apa pun sebabnya, beliau perlu menjelaskan kepada penyokong mengapa membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS," kata Lim pada satu sidang media di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini.


"DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS kerana mereka sudah putuskan hubungan dengan DAP. Selepas itu, mereka juga berkata akan bertanding di kawasan yang dipegang DAP."
Azmin berkata semalam, PKR mahu PAS menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu, walaupun ia menerima bantahan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

PKR katanya, membuat keputusan demikian selepas membincangkan perkara itu dengan teliti, sambil menambah, parti itu menerima sesiapa sahaja yang komited untuk pembaharuan, termasuk PAS.

Tetapi Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, PAS kini lebih merupakan seperti musuh kepada DAP, sambil menambah pendirian mereka jelas enggan bekerjasama dengan parti Islam itu.

"Bukan saja PAS kata ia akan bertanding di kawasan DAP, ia juga berkata akan menyertai perhimpunan baju merah 16 September nanti," katanya merujuk kepada satu perhimpunan Melayu yang dirancang di Kuala Lumpur.

"Mereka juga menyatakan kesanggupan mereka bekerjasama dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak walaupun dengan adanya skandal kewangan 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion itu.

"Tetapi, jika Azmin rasa PKR boleh bekerjasama dengan PAS di sebalik semua perkara ini, terpulang kepada beliau untuk menjelaskan kepada penyokong. Tetapi, pendirian DAP adalah jelas," kata Lim.

Bagaimanapun, beliau berkata perbincangan lanjut di antara semua pihak perlu dilakukan sebelum keputusan dicapai berhubung pakatan pembangkang yang baharu.

"Kami terbuka untuk berbincang kerana kami masih bersekutu dengan PKR. Pada masa depan, kita tetap perlu bincang perkara begini.

"Apa yang lebih penting ialah kepentingan rakyat dan negara. Kami konsisten dengan prinsip kami dan memenuhi amanah daripada pengundi," kata Lim.

Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan terkubur pada Jun selepas perwakilan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sambil terus kekal dalam gabungan itu.

Keputusan itu dibuat selepas DAP mengumumkan ia tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua parti juga sebelum ini sering berbalah mengenai hudud, undang-undang jenayah Islam yang mahu dilaksanakan di Kelantan seiring agenda PAS.

Azmin berkata semalam, pemimpin PKR, DAP dan PAS perlu duduk bersama dan membincangkan keadaan mereka, kerana tugas menyelamatkan negara dan ekonomi bergantung kepada kerjasama antara mereka.

Katanya, setiap parti harus mempunyai kerendahan hati untuk menerima pandangan daripada orang lain yang mempunyai matlamat sama. – 9 September, 2015.

Parti Pekerja sedia sepenuhnya jadi Parti Amanah Negara

Parti Amanah Negara mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti kepada kepimpinan baharu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru bagi membolehkan mereka mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia daripada kepimpinan lamanya. – Gambar Facebook

Parti Pekerja-pekerja Malaysia semalam meluluskan pertukaran namanya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di samping menukar logo dan benderanya pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini.

EGM semalam adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu.

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya.

Anuar yang sebelum ini terlibat membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN), menceritakan bagaimana pihaknya boleh mengambil alih parti itu.

"Apabila kami berusaha mencari satu wadah baharu untuk bergerak, kami temui nama parti pekerja ini yang ditubuhkan sejak 1978 dan pernah bertanding di Sungai Besi dalam pilihan raya umum selepas itu.

"Kami jumpa setiausaha agungnya, Gopalan K Papachan. Beliau seorang yang sangat dinamik.

"Apabila mendengar hasrat kami itu, beliau sendiri sedia serahkannya kerana percaya kami akan meneruskan perjuangan untuk memberikan hak kepada rakyat dengan sewajarnya," kata Anuar.

Selepas beberapa siri perbincangan, Gopalan menyatakan persetujuan rakan-rakannya yang lain dan beliau sendiri akan turut serta dalam parti ini bagi meneruskan kesinambungannya, kata Anuar.

Sebelum ini, beliau berpengalaman menguruskan pembentukan PKN yang ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR sekarang, daripada parti asalnya iaitu Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia pimpinan Abdul Wahad Yunos.

Parti Pekerja, kata Anuar diambil alih tanpa sebarang syarat daripada pemilik asalnya serta tanpa sebarang bayaran satu sen pun.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Oleh itu, katanya, GHB tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Berdasarkan nasihat Nur Jazla kata Anuar, EGM pertama itu diadakan bagi menukar struktur parti itu.

"Permohonan pertukaran ini akan diserahkan kepada RoS yang akan berjalan serentak dengan pelancarannya," katanya.

Beliau yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Perlis dan bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai dan kakitangan RoS dan ia adalah satu amalan biasa di negara ini.

"Harap mereka terima permohonan kami dengan baik dan kami percaya pegawai RoS adalah penjawat awam yang akan menjalankan tugas mengikut peruntukan dan menjaga hak rakyat untuk berpersatuan dengan baik," katanya.

Anuar berkata, negara akan mencatatkan sejarahnya tersendiri pada 16 September ini apabila Amanah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

"Kami jangka kira-kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara dan pemerhati akan menyertai perhimpunan yang akan diadakan di Shah Alam itu," katanya mengenai pelancaran parti baharu itu. – 9 September, 2015.

Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ



Laporan terbaru WSJ tentang bayaran sebanyak AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1MDB kepada anak syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (Ipic) iaitu Aabar Investments PJS didakwa hilang membongkar lebih lagi tentang skandal 1MDB.

Kes ni tiada kena-mengena dengan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo ya!

Adakah ia ada kaitan dengan 'dermawan' Timur Tengah yang memasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak?

Walaupun kes berbeza tetapi antara kes-kes ini ada kaitannya secara langsung dan tidak langsung. 3 kes berbeza skandal 1MDB membabitkan:

1. PetroSaudi International Ltd --> Antara isunya ialah ke mana menghilang pelaburan AS$1.83 bilion tunai 1MDB dlm JV dengan PetroSaudi? Kecelaruan fakta tentang kedudukan hasil pelaburan yang diletakkan di Pulau Cayman dan sebahagiannya ditebus dan disimpan di BSI Singapura kononnya dalam bentuk tunai.

2. Aabar Investments PJS --> Antara isunya ialah ke mana menghilang AS$1.4 bilion bayaran 1MDB kepada Aabar Investments PJS, apa kaitannya AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak di Ambank dengan pihak dalam Aabar?

3.SRC International Sdn Bhd --> Siasatan SPRM masih berjalan mengenai kemasukan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 yang didakwa dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang pernah mendapat pinjaman RM3.81 bilion dari KWAP pada 2011. Kes ini dikatakan punca pemecatan Peguam Negara dan tindakan terhadap Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Pengarah Operasi Khas SPRM, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, para penyiasat SPRM, pegawai Jabatan Peguam Negara dan tekanan terhadap pengurusan tertinggi Bank Negara baru-baru ini.

Kenapakah nama penyangak Jho Low sentiasa timbul ya dalam ketiga-tiga kes ini?

Dijangkakan banyak lagi skandal penyelewengan, salah tadbir urus dan pecah amanah membabitkan 1MDB, bekas anak syarikat 1MDB dan kerjasama pelaburan asing akan terbongkar dengan izin Allah.

Insya Allah, kebenaran pasti tertegak dan kebatilan pasti tersungkur!

Tuesday 8 September 2015

#offtopic 10 TIPS MUDAH UNTUK KENAL PASTI STATUS SAH PROJEK PERUMAHAN.



10 TIPS MUDAH UNTUK KENAL PASTI SAMA ADA PROJEK PERUMAHAN ITU SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG ATAU MERAGUKAN.

Sekiranya anda pergi ke pasaraya dan mendapati ada pihak-pihak tertentu membuka booth jualan rumah murah atau rumah mampu milik dan sebagainya, jangan terus bersetuju untuk membelinya. Sebaik-baiknya siasatlah dulu sama ada projek perumahan yang dijual itu sah dari segi undang-undang dan mematuhi amalan guaman sebenar atau ianya meragukan. Jika ianya meragukan, eloklah dielakkan.

Disini disenaraikan 10 tips mudah untuk mengetahui sama ada projek perumahan itu sah dari segi perundangan atau ianya satu projek perumahan atau skim yang meragukan.

1. Syarikat Pemaju sesuatu projek perumahan yang sah diwajibkan memaparkan nombor lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan dalam setiap iklan yang dibuat. Anda boleh semak dengan KPKT status lesen dan permit tersebut . Sebaliknya, projek perumahan yang meragukan biasanya tidak akan memaparkan nombor lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dalam iklan mereka.

2. Sesuatu projek perumahan yang sah biasanya telah dikenalpasti lokasi sebenar dimana projek tersebut dibina. Ianya juga biasanya telah mempunyai geran individu yang berasingan atau telah mendapat kelulusan pembangunan oleh pihak berkuasa tempatan. Anda boleh minta untuk lihat salinan geran individu projek perumahan tersebut atau semak dengan bahagian perancang majlis daerah/ majlis perbendaran tentang kelulusan pembangunan projek tersebut. Jika tiada, ianya mungkin satu projek perumahan yang meragukan dan patut dielakkan.

3. Sesuatu projek perumahan yang sah biasanya telah menetapkan harga yang seragam untuk setiap jenis rumah yang dijual mengikut harga yang telah diluluskan oleh KPKT. Sebaliknya, sesuatu projek perumahan yang meragukan akan menawarkan harga jualan yang mungkin berubah-ubah antara seorang pembeli dengan pembeli yang lain.

4. Projek perumahan yang sah biasanya terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membelinya dan untuk membelinya, pembeli tidak akan dikenakan syarat-syarat menjadi ahli sesuatu kelab, persatuan, koperasi atau syarat-syarat lain yang tiada bersangkutan dengan rumah yang dijual. Sebaliknya, projek perumahan yang meragukan kebiasaannya menetapkan pelbagai syarat yang kadang kala tiada kaitan pun dengan rumah yang dijual.

5. Pemaju sesuatu Projek perumahan yang sah biasanya tidak akan meminta pembeli membayar booking atau deposit atau apa-apa bayaran komitmen on the spot atau dengan tergesa-gesa. Pembeli biasanya akan diberi tempoh yang munasabah untuk menjelaskan bayaran deposit. Dan bayaran deposit hanya akan dibuat selepas perjanjian jual beli yang sah ditandatangani. Sebaliknya, pemaju projek perumahan yang meragukan akan meminta pembeli membuat bayaran deposit dengan serta merta dan mungkin agak mendesak pembeli untuk berbuat demikian.

6. Pemaju sesuatu projek perumahan yang sah akan menguruskan pembiayaan perumahan untuk pembeli di bawah skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh bank-bank atau Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Sebaliknya, pemaju projek perumahan yang meragukan, akan meminta pembeli membuat pembiayaan peribadi dengan mana-mana bank tertentu atau mana-mana koperasi tertentu atau mana-mana individu tertentu sahaja.

7. Pemaju sesuatu projek perumahan yang sah membenarkan pembeli menggadaikan rumah yang dibeli kepada bank atau BPP sebagai balasan terhadap pembiayaan yang diberikan. Tetapi sebaliknya, pemaju projek perumahan yang meragukan tidak membenarkan rumah yang dibeli oleh pembeli digadaikan. Sebaliknya segala bayaran hendaklah dibuat secara tunai sama ada secara sekali gus atau beransur-ansur mengikut syarat yang telah ditetapkan.

8. Bayaran harga jual beli untuk projek perumahan yang sah akan dibuat secara berperingkat-peringakt mengikut progress pembinaan. Pembayaran hanya dibuat setelah mendapat pengesahan progress pembinaan daripada Arkitek. Sebaliknya, projek perumahan meragukan akan mensyaratkan pembeli membuat bayaran harga jual beli sekali gus atau berperingkat mengikut ketetapan pihak mereka semata-mata.

9. Pemaju sesuatu projek perumahan yang sah mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pembinaan hartanah dan telah mempunyai track record yang baik dalam pembinaan projek perumahan sebelum daripada ini. Sebaliknya, pemaju projek perumahan yang meragukan mungkin tiada pengalaman dalam bidang pembangunan hartanah atau baru sahaja ditubuhkan. Anda boleh semak track record sesuatu pemaju perumahan dengan KPKT.

10. Sesuatu pemaju projek perumahan yang sah kebiasaannya menggunkan pendekatan promosi yang sederhana dan biasa serta tidak terlalu dilihat menunjuk-munjuk untuk menarik minat pembeli. Sebaliknya, sesuatu pemaju projek perumahan meragukan akan cuba mempromosikan projek mereka secara berlebih lebihan untuk menarik minat pembeli untuk membelinya.

Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

‪#‎HartaGuam‬

sumber : 
Salkukhairi Abd Sukor

Kami sedia bersama, tetapi PAS mahu bersendirian - Amanah

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mereka sedia menerima PAS jika ia sudi bersama Pakatan Rakyat 2.0 bagi berjuang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

"Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.


"Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya," kata Dzulkefly.
Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang. 

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata semalam, mereka bersedia menerima PAS jika parti Islam itu mahu bersama PR2.0.


"Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah terbuka untuk berunding, termasuk dengan PAS atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

"Bagi Amanah, jiwa besar kami adalah mahu menggembleng semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN," katanya.

Sebelum ini, ahli Parlimen Sepang yang juga ahli jawatankuasa parti baharu itu Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam PR2.0.

Hanipa mengulas kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk bersama PAS di samping Amanah dan DAP bagi membentuk pakatan baharu yang dinamakan PR2.0 selepas gabungan sebelum ini terbatal.

Dalam responsnya kepada kesediaan Amanah dan PKR itu, Hadi berkata, PAS sudah cukup kuat untuk bergerak bersendirian.

Katanya, PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan itu.

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

"Sehingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan  konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.

Sebelum ini, Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudiannya disahkan Majlis Syura Ulama parti itu. – 9 September, 2015.

PR 2.0: Wan Azizah sudah jumpa Mat Sabu


SHAH ALAM – PKR hari ini memulakan langkah proaktifnya ke arah pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  apabila pertemuan tertutup dengan Pengerusi Parti Pekerja Malaysia (PPM), Mohamad Sabu mencapai kata sepakat tentang hala tuju kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan itu berhasil sambil beliau menyambut baik penyertaan PPM untuk menguatkan parti-parti pembangkang sedia ada untuk mencabar BN dalam isu semasa dan PRU14 akan datang.

“Kami mengadakan mesyuarat yang berhasil untuk membincangkan hala tuju yang sama dan prinsip kedua-dua pihak. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan PPM sebagai parti pembangkang baharu.

“Krisis keyakinan yang melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa PR 2.0 akan menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan sama dengan pimpinan Pas dan DAP dalam masa terdekat bagi tujuan sama.

"Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang yang baharu, dan saya akan bertemu dengan pimpinan Pas dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama,” katanya lagi.

DAP semalam menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14

PPM (Amanah) sedia bekerjasama dengan Pas



SHAH ALAM - Parti Pekerja Malaysia (PPM) tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas untuk menyelamatkan negara daripada kelemahan pentadbiran sedia ada sekaligus menumbangkan kerajaan BN pada PRU14 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan kerjasama itu dengan semua parti pembangkang, NGO dan individu melalui muafakat politik baharu jika wujud keperluan.

“Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya PPM terbuka untuk berunding termasuk dengan Pas, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

“Jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 31 Ogos lalu, gerakan Harapan Baru mengumumkan akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas itu menegaskan pihaknya tidak akan berganjak daripada perancangan asal untuk melancarkan parti baharu itu pada 16 September ini.

“Kami komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan BN.

“Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini,” katanya lagi

Sumber : Sinar Online

Monday 7 September 2015

Perisytiharan Kemasukan ke Parti Amanah Negara (PAN)



Parti Amanah Negara negeri Sabah hari ini menerima kemasukan seorang yang cukup berpengaruh di dalam dunia persilatan di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. Beliau adalah Saudara Aminuddin Anuar. Beliau adalah Guru Utama Persatuan Silat Gayung Fatani Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak, Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah seorang peguam dan bermastautin di Sandakan, Sabah.

Pengalaman, Jawatan dan Kejayaan Silat :
  1. Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Pewaris Silat Malaysia yang di asaskan oleh Al-Marhum Tn. Hj. Anuar Hj. Abd. Wahab (AMN)
  2. Ahli Majlis Perguruan PSGFM
  3. YDP Silat Malaysia (SSM)
  4. YDP Pesaka Sandakan, Sabah
  5. Pengerusi Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS)
  6. Setiausaha, Majlis Jurulatih PSGFM (Mantan)
  7. Penasihat, Pusat Cemerlang Silat (PCS)
  8. Guru Silat, Silat Malaysia PSGFM
  9. Program khas Silat di School Of Silat, 5 Negara di Eropah.

Berpengalaman luas dalam membentuk pasukan dan program silat.

1. Juara Silat Kebangsaan dan Peringkat Sedunia, Silat Solo Putera
  • (Gold Medal) 1992, Selangor
  • (Gold Medal) 1994, Penang
  • (Gold Medal) 1995, Terengganu
  • (Bronze Medal) 1992, Jakarta, Indonesia
  • (Silver Medal) 1994, Hatyai, Thailand
Kursus yang dikendalikan:
  • – Kursus Kejurulatihan Silat Melayu (Pertandingan)
  • – Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)
  • – Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
  • – Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
  • – Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)

Program Pertandingan yang Pernah dikelolakan:
  • – Open Silat Olahraga UIA, Petaling Jaya
  • – Invitasi Silat Lima Penjuru Sekolah-Sekolah Hulu Langat
  • – Silat Melayu PSGFM, Selangor Darul Ehsan
  • – Silat Olahraga dan Seni Silat PSGFM Selangor
  • – Ketua Pertandingan Silat Terbuka UMS Sabah
Parti Amanah Negara yakin dengan kemasukan beliau ke dalam parti mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat menyertai PAN.

Haris Bin Alimudin
Setiausaha
Parti Amanah Negara Cawangan Sabah
(Parti Pekerja-pekerja Malaysia)

Madah berhelah Kau Ini Bagaimana?




Madah berhelah Kau Ini Bagaimana?

Kau Ini Bagaimana?
Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol

Kau ini bagaimana?
Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar

Kau ini bagaimana?
Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis

Kau ini bagaimana?
Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP

Kau ini bagaimana?
Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?
Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...

Kau ini bagaimana?
Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu
Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan

Kau ini bagaimana?
Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?
Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?

Kau ini bagaimana?
Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...

Kau ini bagaimana?
Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina

Kau ini bagaimana?
Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana...

nukilan Ahmad Dhuha Sobri

Terkejut bank tidak terima tukaran wang

Terkejut bank tidak terima tukaran wang



Seorang pelajar Doktor Falsafah di sebuah universiti di United Kingdom berasa terkejut dengan tindakan sebuah bank di Johor yang menolak pemintaan beliau untuk menukar duit ringgit Malaysia ke matawang Pound Sterling, bank tersebut memberikan alasan transaksi tersebut akan merugikan pihak bank kerana matawang ringgit hari ini (semalam) jatuh paling teruk berbanding matawang Pound Sterling.

"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di Johor.

Nurayuni Daud, 28,  (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.

Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.

"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar Online.

Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran wangnya tidak diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran wang yang lain.

"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54," keluhnya.

Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom nanti dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan 'baik-baik sahaja'.

"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.

Pas Terengganu sedia bergerak sendirian

Satiful Bahri (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai.

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan Pas.


PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

“Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.

“Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi kepercayaan memerintah. Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.

Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal itu.

Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.

Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

“Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang,” katanya.

DAP tidak akan berbaik dengan Pas - LGE




GEORGETOWN - DAP tidak akan berbaik dengan Pas buat masa ini walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengannya dalam gabungan PR 2.0.

‎Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sama ada DAP akan bersetuju dengan cadangan itu tidak perlu diulas lagi kerana Pas sudah menyatakan hasratnya untuk melawan DAP dalam PRU14.
“Persoalan sama ada DAP akan menyertai PR 2.0 jika Pas turut serta bukan lagi menjadi persoalan.
“Secara logiknya, anda sendiri boleh fikir, bagaimana DAP boleh duduk dalam satu pakatan jika Pas sudah umum akan lawan DAP? Ia tidak lagi menjadi isu dan sudah terjawab," katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, tiada jalan atau peluang untuk kedua-dua parti itu berbaik semula.
“Pas yang memulakan dahulu, bukan DAP yang putuskan hubungan. Mereka yang putuskan hubungan dengan kita, sekarang mereka kata nak lawan DAP pula. Saya tidak nampak untuk kita berbaik untuk masa ini.


“Sama ada DAP akan bermasalah apabila PKR mengalukan Pas dalam PR 2.0, itu sepatutnya ditanya pada Azmin selepas Pas umum mahu lawan DAP,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama iaitu membawa perubahan dalam negara sejajar hasrat yang disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mohamed Azmin turut mengingatkan bahawa musuh PR hanyalah Umno dan BN.

APA NIAT PRESIDEN PAS SEBENARNYA DALAM ISU BAI'AH TAKLIQ TALAK TIGA - HANIPA MAIDIN



APA NIAT PRESIDEN PAS SEBENARNYA DALAM ISU BAI'AH TAKLIQ TALAK TIGA, SOAL AHLI PARLIMEN SEPANG, YB HANIPA MAIDIN

Saya mendengar dan menonton rakaman video ucapan Presiden Pas mengenai isu baiah yang melibatkan Yb Dr Hatta Ramli.

2. Setelah mendengar dan mengamati beberapa kali ucapan beliau tersebut nampaknya wujud jalan keluar ( exit route atau escape clause ) bagi isu kesan baiah tersebut yang mengandungi satu hukuman ( 'iqab) yang amat keras iaitu penceraian talak tiga ke atas pihak yang berbaiah sekaligus menghukum juga pihak ketiga yang bukan menjadi pihak dalam baiah tersebut iaitu isteri Ahli Parlimen dan sudah tentu juga dirasai kesannya oleh anak anak beliau.

3. Ada dua perkara menarik daripada kenyataan Presiden Pas tersebut yang menimbulkan tandatanya.

4. Pertamanya, beliau menukilkan pendapat Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang mengatakan jatuhnya talak 3 kesan daripada baiah tersebut dan berkemungkinan Mahkamah Syariah Kelantan akan "'ligan"'('kejar )'Dr Hatta untuk dibawa ke Mahkamah Syariah Kelantan.

5. Walaupun Presiden Pas tidak secara jelas menyatakan sokongan atas apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim tersebut, namun sikap Presiden Pas yang tidak sama sekali mengkritik tindakan seorang Hakim yang mendahului menjatuhkan hukum sebelum pihak yang dihukum itu dibawa ke Mahkamah menimbulkan persoalan -adakah Presiden Pas merestui kaedah dan bentuk keadilan sebegitu ?

6. Bukankah prinsip sub judice ( tidak mendahului menjatuhkan hukum ) adalah satu prinsip asas dan fundamental dalam sistem keadilan Islam yang sudah tentu Presiden sebuah parti Islam yang berstatus ulama sepatutnya ke depan mempertahankan prinsip keadilan Islam itu?

7. Keduanya, Presiden Pas juga nampaknya bersetuju di sana wujudnya jalan keluar bagi mengelakkan kesan baiah yang keras itu iaitu dengan pihak Pas boleh membuat keputusan memecat Dr Hatta sekaligus kesan baiah tersebut tidak lagi wujud dan terpakai. Sudah tentu ini kaedah terbaik yang Pas patut lakukan demi menyelamatkan satu rumahtangga yang telah dibina sekian lama, dengan andaian baiah itu sendiri bukan baiah yang laghah. Sudah tentu jika baiah itu sendiri diputuskan laghah,saranan Presiden Pas itu tidak relevan lagi.

8. Mengambil kira wujudnya pelbagai pendapat tentang kesahihan baiah itu ,sudah tentu mencari jalan keluar dari masalah pertikaian tersebut ( al-khuruj min khilaf ) adalah satu cara yang baik yang para ulama anjurkan dalam situasi sebegitu.

9.Persoalannya kenapa Pas atau Presiden Pas enggan mengambil atau memilih jalan keluar itu demi menyelamatkan suatu rumah tangga seseorang? Keengganan Pas atau Presiden Pas menawarkan formula jalan keluar itu dengan memecat Dr Hatta mengundang spekulasi liar bahawa dendam menjadi asas kepada keengganan Pas tersebut. Di manakah Islam sebagai rahmat ( mercy ) yang Pas selalu canangkan selama ini ?

10. Bukankah 'Allamah Ibnu Al Qayyim menyatakan "Syariah itu adil keseluruhannya, rahmat keseluruhannya, hikmah ( wisdom ) keseluruhannya, maslahah keseluruhannya dan mana mana perkara yang keluar dari prinsip keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada sebaliknya, dari maslahah kepada kerosakan ( mafsadah ) dan dari hikmah kepada sia sia ia bukanlah syariah meskipun kita cuba masukkan ianya dalam kategori syariah.."

11. Saya tertanya, adakah ketika mana isu baiah ini dihebohkan serata dunia , adakah kita sedang tonjolkan syariah yang sebenarnya atau bagaimana?

Wallahu 'alam wa huwa al Musta'an

Mohamed Hanipa Maidin
Parti Amanah Negara
http://parti-amanah-rakyat.blogspot.my/

KENYATAAN HJ MOHAMAD BIN SABU BERKENAAN ISU HUDUD

Laporan Malaysian Insider semalam

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 
7hb SEPTEMBER 2015

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.


HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

APABILA MEREKA TIDAK MENGHARGAI WANITA - PARTI AMANAH NEGARA BANGKIT MEMBELA

USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Parti Pekerja)
Seluruh negara terpukau dengan keberanian seorang wanita, Anina Saaduddin. Ketika seorang lelaki veteran seperti Timbalan Presiden UMNO dibuli semata-mata kerana cuba melaksanakan amal nahi mungkar; wanita ini bangkit menyambung perjuangan lelaki mantan Timbalan Perdana Menteri itu, dengan menyaman Presiden UMNO.

Ketika wanita ini dipecat dari UMNO, beliau terus berikrar mempetahankan agama, bangsa dan tanah air, sebagaimana dia ungkapkan dalam sajak indahnya itu.

UMNO kehilangan seorang wanita berani dengan menyingkirya dari parti. UMNO mempamerkan sifat tidak menghargai wanita kental seperti ini, malahan membunuh semangat seluruh kaum wanita.

Dari satu sudut yang lain pula, ada organisasi yang bertema mewakili Islam, mempertaruhkan wanita-wanita mulianya sebagai cagaran mempertahankan tiket partinya dalam kerusi Parlimen mahupun DUN.

Wanita-wanita salihah yang ikhlas, yang tidak berdosa, seolah-olah menjadi mangsa hukuman terhadap suami yang terpaksa membuat keputusan baharu, selepas partinya mengubah orientasi perjuangan asalnya.

Beberapa pemimpinnya dengan tidak segan-silu seolah-olah turut bergembira dan mengumumkan rumah tangga bekas ahli mereka sudah runtuh sedang mahkamah syariah belum membuat apa-apa keputusan.

Wanita-wanita dari pelbagai NGO Islam, NGO masyarakat sivil dan penjawat-penjawat awam dan sektor korporat membantah tindakan-tindakan dari kedua-dua parti berkaitan terhadap wanita.

Teman-teman bukan Islam kehairanan dan kebingungan, inikah keindahan Islam yang sebenarnya? Wanita dipandang rendah dan diperlakukan sedemikian rupa?

PARTI AMANAH NEGARA bangkit membela kaum wanita dan akan sentiasa menyakini akan kemuliaan wanita seperti mana yang telah dijaminkan haknya oleh ad-Diinul Islam.

Tindakan terhadap Anina Saaduddin adalah tidak wajar. Tekanan perasaan yang dikenakan ke atas para isteri dan keluarga bersabitan lafaz taklik juga sangat tidak wajar.

AMANAH NEGARA menawarkan seluas-luas gelanggang, kepada seluruh wanita Malaysia, tidak kira apa agama mahupun bangsa, untuk berjuang mempertahankan hak mereka.

Seluruh ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO termasuk Anina Saaduddin, diseru untuk meninggalkan parti yang telah tersasar dari perjuangan itu.

Seluruh wanita yang merasai mereka dianiaya, semata-mata kerana kerakusan pemimpin yang berpolitik secara sempit, diseru untuk berjuang bersama-sama kami dalam sebuah wadah baru, sebuah parti yang memperjuangkan Islam atas nama Parti AMANAH NEGARA.

Mari bersama membina Malaysia yang lebih baik yang memberi bahagian dan tempat yang adil kepada wanita tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

“Sebuah HARAPAN BARU, untuk masa hadapan kita bersama".

USTAZ HAJI HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Parti Pekerja)
7 September 2015
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...